Tentang Saya

“Selamat pagi cikgu!”, ucapan yang saya dengar setiap hari saya ke sekolah. Memang patut lah ramai cikgu panjang umur, hari-hari pelajar doakan selamat. Tak payah cerita lah tentang beban kerja guru sebab kalau cerita pun, sampai esok tak habis.  Dengan kelulusan yang saya miliki, ramai bertanya, “Kenapa nak jadi cikgu?”

Sebab saya dapat tidur lena pada waktu malam bila jadi cikgu!

Orang selalu kata cikgu ibarat lilin yang membakar diri. Tapi, saya tak setuju. Biar cikgu jadi mentol mesra alam berkuasa bateri caj semula. Bila habis bateri pun boleh caj dulu. Tu sebab jadi cikgu perlu cuti sekolah. Percayalah, kerja cikgu zaman sekarang tak macam dulu. Sebab pelajar sekarang pun tak macam dulu. Tak gitu?

 

Cikgu Adibah 1

Cikgu pandang belakang

Masa kecil sahulu, ayah saya selalu bawa saya ke kelas malam di asrama pelajar sambil saya belajar. Sejak saya kecil, saya sentiasa berimpian untuk menjadi seorang cikgu. Gelaran cikgu itu buat saya rasa dihargai.

Saya pilih opsyen Sejarah kerana minat saya terhadap Sejarah, walaupun latar belakang pendidikan saya lebih kepada sains dan teknologi. Jadi cikgu Sejarah, saya belajar lebih banyak lagi. Lagi banyak yang saya baca tentang sejarah, lagi banyak yang saya tak tahu.

Cikgu Adibah 2

serook jadi cikgu

Banyak cara nak jadi cikgu. Ajar secara sukarela pun boleh jadi cikgu. Tapi semua terpulang pada diri sendiri. Saya cuma cikgu biasa yang belajar untuk menjadi luar biasa. Saya percaya yang kebahagiaan tidak boleh diukur dengan wang ringgit. Paling penting dalam kerja ialah kita rasa gembira. Saya tahu kerana saya seronok jadi cikgu.

In the end, it’s not the years in your life that count. It’s the life in your years. – Abraham Lincoln –

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>