Leaps of Knowledge Conference 2013 – Workshop 2

Workshop kedua yang saya pilih ialah “Building Teams to Achieve Your Vision“. Saya pilih workshop ini untuk belajar teknik membina pasukan yang betul. Tahun 2014 merupakan tahun ke-3 di sekolah, dan tahun pertama sebagai alumna Teach For Malaysia, saya perlu melatih felo-felo baru yang ditempatkan di sekolah saya. Workshop ini disampaikan oleh Elmarie Potgieter, Pengurus Besar bahagian Pendidikan di LeapEd.

Elmarie Potgieter bersemangat mengendalikan workshop

Continue reading »

Leaps of Knowledge Conference 2013 – Workshop 1

Workshop pertama yang saya hadiri ialah “Driving Change” yang disampaikan oleh wakil daripada LeapEd. Yayasan Amir bersama LeapEd menerajui Sekolah Amanah (Trust Schools) di Malaysia dan mempunyai pengalaman luas menjalankan transformasi di sekolah di Malaysia.

Workshop ini menekankan penggunaan VLEFrog untuk transformasi sekolah. Menariknya, Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Convent Bukit Nenas mengambil alih sesi sambil menerangkan penggunaan VLEFrog di sekolah mereka. Sambil berkongsi dashboard persendirian, beliau turut menerangkan penggunaan VLEFrog telah berjaya mengurangkan penggunaan kertas di SMK Convent Bukit Nenas melebihi RM8,000! Wow, menyelamatkan alam sekitar sambil mengoptimumkan penggunaan VLEFrog!

PK Pentadbiran SMK Convent Bukit Nenas menerangkan penggunaan dashboard

Continue reading »

Leaps of Knowledge Conference 2013

Buat julung kalinya, FrogAsia, anak syarikat YTL Corporation mengadakan Leaps of Knowledge Conference bertemakan “The Future of Learning” bertempat Di JW Marriott Hotel, Bukit Bintang pada 5 Disember 2013. FrogAsia merupanya syarikat yang bertanggungjawab terhadap 1BestariNet dan VLEFrog yang mula diguna pakai di sekolah seluruh Malaysia pada tahun 2013 . Virtual Learning Environment (VLE) atau pembelajaran maya ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan Malaysia dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Saya tiba agak lewat dan terlepas upacara perasmian oleh Timbalan Menteri Pelajaran II, YB P. Kamalanathan. Saya tiba ketika Alvin Ung sedang berbicara mengenai SK Lemoi, sekolah di pedalaman Pahang yang melalui tranformasi pendidikan dan meningkat menjadi salah sebuah sekolah rendah berprestasi tinggi. Alvin dibantu oleh anak saudara beliau, Hanna Chaw berkongsi pengalaman mengajar di sekolah pedalaman Sarawak.

Hanna bertanya, “Siapa ada RM10 dalam poket sekarang?”

Continue reading »

Bengkel Perkongsian Ilmu Guru Sejarah Daerah Kuala Langat 2013

Seronok jadi Guru Sejarah, sebab rakan-rakan seperjuangan yang sangat produktif dan membantu dalam mendidik pelajar, lebih-lebih lagi Sejarah sekarang wajib lulus untuk SPM mulai 2013. Student yang nak exam, cikgu yang nervous. Biasalah kan?

Pada 10-11 Oktober yang lalu, PPD Kuala Langat mengadakan Bengkel Perkongsian Ilmu Guru-Guru Sejarah daerah Kuala Langat, bertempat di Sekolah Menengah Sains Banting, Selangor. Suka melihat susunan sekolah yang kemas dan luas, seluas pengalaman yang saya timba sepanjang bengkel ini.

Tujuan bengkel ini diadakan bagi menyediakan bahan bagi pelajar untuk dibawa ke dalam dewan peperiksaan. Format baharu SPM Sejarah 1249 memperkenalkan kertas 3 yang berkonsep “open-book test”. Pelajar diuji dengan soalan kemahiran berfikir aras tinggi dibantu oleh bahan-bahan seperti buku teks dan juga bahan yang disediakan oleh guru.

Kami dikejutkan dengan kehadiran Encik Azman Syarif dari Jabatan Pelajaran Selangor (JPS). Beliau memberi penerangan tentang prestasi setiap sekolah di daerah Kuala Langat dalam Peperiksaan Percubaan SPM 2013 dan berharap untuk mencapai KPI JPS, selaras dengan target untuk peratus lulus SPM sebenar.

En. Azman Sharif memberi taklimat kepada Guru-Guru Kuala Langat

Continue reading »