Team Mangosteens TFM 2014

Memperkenalkan, The Mangosteens 2014! Leong Kit Yen dan Nuruddin merupakan 2 felo baru yang ditempatkan di SMK Sungai Manggis, bagi kohort 3, 2014.

Seronok rasanya dapat adik-adik baru (adik ke?). Terasa tua sekejap. Masa perjumpaan pertama, saya beri sedikit penerangan tentang suasana di sekolah, dan keadaan pelajar. Biasalah awal-awal ni, nak berkenalan dulu dan kenal latar belakang mereka. Muka semua penat sebab lepas mesyuarat guru pertama yang memang ambil masa yang agak lama. Tapi tetap happy sebab dapat makan!

Team Mangosteens 2014: Adibah, Leong Kit Yen dan Nuruddin

Mudahan 2014 lebih gempak!

Leaps of Knowledge Conference 2013

Buat julung kalinya, FrogAsia, anak syarikat YTL Corporation mengadakan Leaps of Knowledge Conference bertemakan “The Future of Learning” bertempat Di JW Marriott Hotel, Bukit Bintang pada 5 Disember 2013. FrogAsia merupanya syarikat yang bertanggungjawab terhadap 1BestariNet dan VLEFrog yang mula diguna pakai di sekolah seluruh Malaysia pada tahun 2013 . Virtual Learning Environment (VLE) atau pembelajaran maya ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan Malaysia dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Saya tiba agak lewat dan terlepas upacara perasmian oleh Timbalan Menteri Pelajaran II, YB P. Kamalanathan. Saya tiba ketika Alvin Ung sedang berbicara mengenai SK Lemoi, sekolah di pedalaman Pahang yang melalui tranformasi pendidikan dan meningkat menjadi salah sebuah sekolah rendah berprestasi tinggi. Alvin dibantu oleh anak saudara beliau, Hanna Chaw berkongsi pengalaman mengajar di sekolah pedalaman Sarawak.

Hanna bertanya, “Siapa ada RM10 dalam poket sekarang?”

Continue reading »

Graduan PGDE di Konvokesyen UUM ke-26

Alhamdulillah. Setelah hampir dua tahun menyiapkan Post Graduate Diploma in Education (PGDE) sebagai salah satu syarat wajib untuk menjadi guru, akhirnya dapat juga konvo. Yay!

Saya dan Hawa. Lama tak jumpa.

Continue reading »

TFM Alumni Induction Ceremony 2013

Pejam celik, dah 2 tahun saya bergelar Felo Teach For Malaysia. Macam-macam ragam dan pengalaman yang saya dapat semasa bergelar Felo Teach For Malaysia. And, many more to come!

Kohort 1 Teach For Malaysia dirai dalam sambutan TFM Induction Ceremony 2013 bersama dengan Board of Trustee kami, antaranya YAM Tunku Ali dan YBhg Tan Sri Dr Jemilah Mahmood.

Tarikh  :17 November 2013 (Ahad)

Masa   : 1.30pm- 4.00pm

Tempat: Muhibbah Seafood Restaurant, Lot 2851, Jalan Seri Penchala, Kg Sg Penchala, 60000 Kuala Lumpur.

Tema   : It Takes A Village To Raise A Child

Saya tiba agak lewat kerana sesat mencari arah ke tempat ini, saya terlepas persembahan daripada pelajar SMK Sungai Manggis. (Maaf semua, cikgu lambat sebab sesat). Tetapi sempat juga posing dengan pelajar yang ada.

Dengan pelajar SMKSM yang buat persembahan.

Continue reading »

Lawatan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti bagi felo TFM

Ramai orang tanya, “apa yang lainnya cikgu TFM dengan cikgu biasa?“. Antara kelainannya, kami dipantau oleh pihak luar dengan kerap, sama ada daripada Leadership Development Officer (LDO) dari pihak Teach For Malaysia, Pensyarah IAB, pensyarah IPGM, badan korporat dan tidak terkecuali pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).

Pada 2 Oktober 2013 yang lalu, pihak JNJK mengadakan lawatan Pilot Study ke SMK Sungai Manggis untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Teach For Malaysia. Agak terkejut kerana salah seorang nazir mengenali saya melalui blog ini, dan menggalakkan saya untuk terus menulis. I will sure will, sir! Terima kasih atas galakkan En. Halim Sayuti, saya masih terus berblog walaupun selepas Tragedi Oktober.

Nazir-Nazir JNJK sedang mewawancara mentor kami, Pn. Norhaliza

Continue reading »

Felo TFM kini Pelajar Sarjana Pendidikan, UUMKL

Bergelar Felo TFM, banyak kerja yang perlu dilakukan. Kerja sebenar sebagai guru,  kelas dan assignment PGDE, tak masuk dengan latihan TFM lagi, dan hal-hal peribadi memang boleh menguji kesabaran. Tapi, kesabaran tu ada hikmahnya sebab banyak kelebihan jadi felo TFM ni. Antara kelebihannya, Felo TFM diberi peluang untuk menyambung pelajaran dalam Sarjana Pendidikan (Kurikulum & Pengajaran) dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan syarat, terus berkhidmat di sekolah secara tetap selepas kontrak dua tahun. Not bad, right?

Felo TFM (Dyieba, Shahrun, Jessica, Azimi dan Hung Tong) dalam kelas di UUMKL

Pengajian semester pertama bermula pada september 2013. Alhamdulillah, saya terpilih untuk melanjutkan pelajaran di UUMKL sekali lagi. Kami menjadi kekuatan masing-masing untuk bersama-sama menjayakan program ini dan target kami, bergelar graduan sarjana pada 2015/2016 nanti. bak kata Wonderpet,

Apa yang penting? Kerjasama! (Wonderpet)

Sumbangan Buku Pearson kepada sekolah TFM

Pearson merupakan salah satu badan korporat yang bekerjasama dengan Yayasan Teach For Malaysia. Salah satu sumbangan besar pihak Pearson kepada sekolah-sekolah TFM ialah sumbangan buku rujukan dan latihan terbitan Pearson Malaysia.

Sumbangan buku Pearson adalah berdasarkan permintaan Felo TFM di sekolah, mengikut keperluan mata pelajaran. Akan tetapi, kami gunakan kelebihan ini untuk membantu panitia dan bidang kami sebaik mungkin dengan meminta sumbangan buku bagi subjek-subjek lain juga.

Gembira sungguh pelajar ni dapat buku percuma

Continue reading »

Perasmian Galeri Bestari & Majlis Perpisahan Puan Pengetua SMKSM

Tahun 2013 mencatatkan sejarah tersendiri kerana akhirnya SMK Sungai Manggis mempunyai Galeri Bestari sendiri, disertakan dengan Galeri Sejarah. SMK Sungai Manggis, satu-satunya sekolah di Kuala Langat yang mempunyai bangunan berbentuk bulat merupakan sekolah kemahiran semasa penjajahan British dahulu.

Maka pada 19 Jun 2013 yang lalu, bersempena dengan Majlis Perpisahan Puan Hjh Fathimah Binti Hj. Alias yang berpindah ke SMK Banting, terhasil juga Galeri Bestari hasil ilham Puan Hjh Fathimah.

Puan Hjh Fathimah menandatangani Perasmian Galeri Bestari SMKSM

Continue reading »

Projek Cookpreneur – Jalan-Jalan Cari Makan

Lepas pertandingan masakan, pemenang terus dapat hadiah, iaitu Jalan-Jalan Cari Makan bersama Cikgu Adibah. Singgahan pertama ke Young Chef Academy di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur. Kami singgah melawan Young Chef Academy untuk melihat sesi kelas dan betermu dengan Ketua Chef, Sarah. Pelajar-pelajar sungguh teruja mengetahui kewujudan akademi seperti ini untuk kanak-kanak.

Pelajar di Young Chef Academy

Continue reading »

Projek Cookpreneur – Pertandingan Masakan

Kalau ikutkan, minggu ni sepatutnya kelas masakan yang kedua bersama Chef Syaiful. Akan tetapi, atas sebab yang tak dapat dielakkan, Chef Syaiful tidak dapat datang. Kita tukar strategi, terhasillah pertandingan masakan bersama dengan peserta kelas masakan Cookpreneur.

Maka pada 25 Mei yang lalu, berlangsunglah pertandingan masakan untuk Projek Cookpreneur. Hadiahnya berupa pakej jalan-jalan cari makan bersama Cikgu Adibah. Biasalah, nama dah projek masakan dan keusahawanan.

Kumpulan Lempeng Telur kusyuk memasak

Tema pertandingan ialah “Lempeng”. Lempeng ataupun “pancake” merupakan makanan yang selalu disediakan untuk sarapan pagi. Mudah dan menyelerakan! Tiga jenis lempeng yang disediakan ialah Lempeng Sagu Kelapa, Lempeng Sardin dan Lempeng Cheese Telur.

Continue reading »