Bengkel Perkongsian Ilmu Guru Sejarah Daerah Kuala Langat 2013

Seronok jadi Guru Sejarah, sebab rakan-rakan seperjuangan yang sangat produktif dan membantu dalam mendidik pelajar, lebih-lebih lagi Sejarah sekarang wajib lulus untuk SPM mulai 2013. Student yang nak exam, cikgu yang nervous. Biasalah kan?

Pada 10-11 Oktober yang lalu, PPD Kuala Langat mengadakan Bengkel Perkongsian Ilmu Guru-Guru Sejarah daerah Kuala Langat, bertempat di Sekolah Menengah Sains Banting, Selangor. Suka melihat susunan sekolah yang kemas dan luas, seluas pengalaman yang saya timba sepanjang bengkel ini.

Tujuan bengkel ini diadakan bagi menyediakan bahan bagi pelajar untuk dibawa ke dalam dewan peperiksaan. Format baharu SPM Sejarah 1249 memperkenalkan kertas 3 yang berkonsep “open-book test”. Pelajar diuji dengan soalan kemahiran berfikir aras tinggi dibantu oleh bahan-bahan seperti buku teks dan juga bahan yang disediakan oleh guru.

Kami dikejutkan dengan kehadiran Encik Azman Syarif dari Jabatan Pelajaran Selangor (JPS). Beliau memberi penerangan tentang prestasi setiap sekolah di daerah Kuala Langat dalam Peperiksaan Percubaan SPM 2013 dan berharap untuk mencapai KPI JPS, selaras dengan target untuk peratus lulus SPM sebenar.

En. Azman Sharif memberi taklimat kepada Guru-Guru Kuala Langat

Continue reading »

Pertandingan Bola Jaring antara Guru Daerah Negeri Selangor 2013

Wah, bunyi macam gempak kan! tak pernah main bola jaring terus redah wakil daerah, tak padan dengan pendek. “Kau mampu?” (student saya selalu guna tagline ni). Saya dimaklumkan untuk mewakili daerah 2 hari sebelum pertandingan sebenar di Sungai Besar, Selangor. First time main bola jaring, terus kejang kat perut. Salah sendiri sebab tak warm-up betul-betul. Konon cikgu PJK kan? (Meh gelak kan diri sendiri).

Muka poyo dengan kasut konon baru.

Continue reading »