Best of Sarawak – Laksa Sarawak

Tinot Laksa Sarawak terletak di Kampung Patingan, saya dan keluarga memang tidak asing menjamu Laksa Sarawak di sini. Suasana tempat seperti dalam taman membuat kami makan penuh nikmat. Dibuka dari jam 7-9 pagi (atau sehingga laksa habis, dan selalunya memang sangat cepat sold out).

image

Makan dalam taman

Continue reading »

Pre Institute Work October 2011

Alhamdulillah! Saya terpilih menjadi salah seorang felo bagi pengambilan pertama program Teach For Malaysia. Bila dapat Starter Kit tu, salah satu pre-requirement ialah terlibat dalam aktiviti amal yang sesuai. Alang-alang saya pulang ke Kuching hantar Fatin sementara saya berkursus, saya pun buatlah kelas tambahan untuk budak-budak kampung tempat saya tinggal. Pilihan lokasi ialah di surau belakang rumah. Simple yet meaningful!

Gaya meja cikgu tak?

Saya fokus kepada subjek Matematik pada hari tersebut, kumpulan sasaran ialah pelajar tahap 2 sekolah rendah. Terkejut juga tengok pelajar darjah 4 belum pandai darab dan bahagi. Memang saya tak boleh bayangkanlah kalau pelajar sekolah menengah pula.

Gaya cikgu depan kelas

Saya dah biasa mengajar sejak setahun yang lepas di kelas tuisyen di Ipoh, mana gemuruh tu kurang sedikit. Nasiblah jumlah pelajar yang tidak ramai memudahkan saya mengawal kelas.

Punyalah susah nak suruh pelajar angkat tangan

Objektif tugasan ini ialah untuk memberi pendedahan kepada bakal felo kepada tugasan seorang guru dan keadaan sosio-ekonomi komuniti di kawasan sekolah berkeperluan tinggi. Membesar di Sarawak memberi saya ruang untuk lebih mengenali komuniti seperti ini. Saya bernasib baik kerana lahir dalam keluarga yang cukup serba-serbi, tapi tidak semua orang dilahirkan untung seperti saya. Nikmat itulah yang perlu dikongsi bersama.

It’s about sharing. You just give what you have to give wherever you go, and you let God handle the rest.

-Lindsay Wagner –