TFM Institute 2011

Sebelum bergelar Felo, bakal-bakal felo diwajibkan menghadiri kursus 2 bulan yang dikenali sebagai Institute. Latihan intensif selama 2 bulan ini merangkumi teknik pedagogi dan pelbagai sesi untuk menambah pengetahuan bakal felo berkenaan sekolah-sekolah dan sistem pendidikan di Malaysia.

Institute bagi kohort pertama ini bermula pada 30 oktober 2011. Kami ditempatkan di Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highland. Program Teach For Malaysia juga merupakan salah satu inisiatif IAB dalam memajukan sektor pendidikan Malaysia.

Pemandangan biasa di bilik TFM

Daripada 50 orang felo, hanya saya dan Shahrun sahaja yang bergelar ibu. Yang lain tu muda-muda lagi. (Eh, macam saya ni tua sangat la kan?). Selain itu, Khalida juga agak rapat dengan kami berdua walaupun bilik berasingan. Biasalah tumpang iron, kettle bagai kat Institute.

punyalah seronok dapat jalan-jalan

Ibu sama saiz

orang selalu keliru antara saya dan mereka berdua

 

Don’t walk behind me; I may not lead. Don’t walk in front of me; I may not follow. Just walk beside me and be my friend.

– Albert Camus –

Kem SKORLah! 2011

Felo Teach For Malaysia diwajibkan menyertai program Kem SKORLah! yang merupakan kem cuti sekolah bagi pemantapan subjek Matematik dan bahasa Inggeris. Untuk tahun 2011, SMK Ampang Pecah dan SMK Bandar Baru Batang Kali terpilih sebagai sekolah rintis bagi program Kem SKORlah!. Dua sekolah ini dipilih berdasarkan keadaan demografi sekolah yang dekat dengan IAB. Saya ditempatkan di Batang Kali dalam kumpulan B4 bersama Oga, Hawa dan Aishah. Saya dan Hawa mengajar subjek Matematik, manakala Oga dan Aishah mengajar subjek bahasa Inggeris.

Group B4

Pelbagai kenangan suka dan duka semasa saya di di Kem SKORLah! Dipantau oleh media dan juga badan korporat, class observation menjadi makanan ruji kami di sini. Pelajar pun dah biasa dengan keadaan di sekolah. Paling best, pelajar guna baju biasa. Baru cool!

Faiz menunjukkan bakat silap mata

Pelajar sedang menduduki peperiksaan diagnostik

gaya cikgu Hawa beri ucapan terakhir

 

Gambar Candid Kumpulan B4

Kalau tak ada gambar candid, memang tak sah! Kalau perangai cikgu pun dah macam budak-budak, macam ni lah jadinya. Cikgu rindu sangat dengan kamu semua! Mudahan bertemu lagi di waktu yang akan datang!

Change is the law of life. And those who look only to the past or present are certain to miss the future.
– John F. Kennedy –

End of TFM Institute 2011

Finally! It’s the end of Institute! Ingatkan dah boleh tidur nyenyak lepas tak cukup tidur sepanjang latihan. Tapi kerja packing dan aktiviti pindah rumah, memang terkejar-kejar dengan masa. Oh, saya dapat posting di sekolah dekat dengan kampung saya. Seronoknya tak terhingga! Memang masa isi borang placement tu pun, senarai 17 sekolah TFM dah keluar. Tengok ada sekolah dekat Banting, terus saya minta. Cun sangat dapat subjek yang saya mohon iaitu Sejarah. Weh, ingat orang IT tak boleh ajar Sejarah ke? Mampu ke tak tu, biar Allah je yang tahu.

Ni tak semua barang lagi

Masa datang bawa 2 beg je. Sekali waktu balik, satu bonet kereta penuh. Ambik engkau! Sekali padat dengan segala macam comforter, bantal, buku, fail, tak masuk dengan baju, memang jenuhlah. Masa tengah kemas-kemas bilik tu, perasan semua mesej-mesej yang diberikan sepanjang kem SKORlah! Simpan ni buat kenang-kenangan. Mana tahu satu hari rasa depressed boleh buat motivasi kan? Orang Sejarah ni kan sentimental sikit.

Ucapan dan kad sepanjang Institut. Terharu!

Terima kasih kepada Staf TFM yang banyak membantu sepanjang Institute. Tu tak kira berapa kali kena asma masa Institut tu. Punyalah sejuk kat IAB Genting macam musim salji kat negara empat musim. Ada hati nak angan-angan sambung belajar oversea. Cheh!

“Fellowship is a place of grace, where mistakes aren’t rubbed in but rubbed out. Fellowship happens when mercy wins over justice.”
― Rick Warren

Pusat Pendidikan Yakin Ipoh Oktober 2011

Hari terakhir saya di Pusat Pendidikan Yakin, Ipoh terasa sangat sedih. Tapi macam biasalah, control comel, tak nak sedih. Di sinilah kami pertama saya mengajar di depan kelas. Mula-mula masuk kelas, semua pelajar pandang saya atas bawah. Sebabnya, saiz saya yang tak sampai pun 5ft, setakat bahu pelajar Tingkatan 2. Tak percaya?

kenangan bersama pelajar Tingkatan 2

Bersaiz kecil tidak pernah lunturkan semangat saya. Buat muka garang juga, pergi depan kelas. Nampak kecil, tapi kalau dah marah, jangan dekat. Hehe. Pelajar saya tahu trademark saya kalau marah, mesti saya berdiri senyap dan diam.

sempat lagi posing tu

Banyak pengalaman saya di sini. Pernah siap bawa Fatin mengajar sebab tak ada orang nak jaga kat rumah. Nasiblah kerani di pusat tuisyen ini sangat baik hati. Semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang!

“Our memory is a more perfect world than the universe: it gives back life to those who no longer exist.”
― Guy de Maupassant