Lawatan ke Dong Zen Temple, Jenjarom

Pada bulan Februari setiap tahun, berlangsunglah sambutan Tahun Baru Cina di Fo Guang Shan Dong Zen Temple, Jenjarom. Salah satu subtopik dalam pelajaran Sejarah tingkatan 4 ialah berkenaan ajaran dan agama utama dunia. Maka, untuk mempelajari agama lain, kita kenalah faham budaya dan ajaran mereka.

Pelajar bergambar di perkarangan Dong Zen

Continue reading »

PGDE di Taylor’s University Lakeside Campus – Semester 2

Selesai sesi persekolahan tahun 2012, felo semua memulakan pengajian PGDE semula di Taylor’s University Lakeside Campus di Subang Jaya. Terima kasih pihak Taylor’s kerana sudi menaja tempat untuk kelas kami. Biasalah, nama pun dah nomad, kat mana-mana pun, masih boleh belajar.

Kami diasingkan mengikut opsyen memandangkan subjek lebih bertumpukan kepada opsyen felo masing-masing. Dalam kumpulan Sejarah ada 7 orang. Tetapi ada juga kelas yang melibatkan semua felo seperti kelas “Creativity in Teaching”. Prof. Jonathan Barnes diterbangkan khas daripada Canterbury Christ Church University, UK untuk mengajar kami subjek ini.

selepas kelas “Creativity in Teaching”

Saya masih ingat antara aktiviti di dalam kelas untuk subjek ini ialah mencari objek yang sesuai dengan kata adjektif yang diberikan. Setiap felo diberikan beberapa adjektif dan masa untuk tugasan tersebut.

 

Aktiviti 1 – Adjektif “Colourful”

Sebelum itu, kami diberi “framework” ataupun syarat-syarat sebelum melakukan aktiviti ini, sepeti jumlah masa yang diberikan dan adjektif minimum yang perlu dicapai. Selebihnya, kami diberi kelonggaran untuk membuat intepretasi sendiri berkenaan adjektif tersebut.

Aktiviti 2 – Adjektif “Heating”

Aktiviti ini sesuai bagi semua mata pelajaran, tetapi memerlukan masa yang agak panjang. Kawalan kelas paling penting untuk aktiviti ini. Kalau tak, memang bertebaranlah pelajar kita satu sekolah.

Education is what remains after one has forgotten what one has learned in school.
– Albert Einstein –

PGDE History Group – Semester 1

Seramai 7 orang felo memilih opsyen Sejarah sebagai mata pelajaran utama di sekolah TFM. Untuk PGDE, beberapa kelas kami dibahagikan mengikut opsyen masing-masing. Memandangkan UUM tidak mempunyai kepakaran bagi subjek Sejarah, pensyarah kami dijemput daripada UPSI.

Dr. Ishak dan 7 Sejarawan

 

Kelas kami dikongsi bersama oleh Prof. Madya Dr. Ishak Saat, dan Dr. Nabir Bin Haji Abdullah, pakar sejarah yang tersohor di Malaysia. Memang tak rugi lah kami diajar oleh pensyarah berpengalaman dalam bidang sejarah. Dr. Ishak selalu berpesan yang “Sejarah hanyalah satu perspektif. Itulah sebabnya Sejarah dalam bahasa Inggeris ialah “His-story” bermaksud cerita orang.”

Dr. Nabir dan 7 Sejarawan

Macam biasalah, saya yang paling comel dan kecil dalam kelas. Masa ni memang tak pandai nak bergaya. Yang penting ialah masa dalam kelas. Saya suka pesanan Dr. Nabir, “Tiada guru dalam sejarah, kerana semua orang ialah pelajar Sejarah.” Saya sedar, makin banyak saya baca tentang sejarah, makin banyak yang saya tak tahu.

 

Those who don’t know history are destined to repeat it.

– Edmund Burke –