Hari Guru SMK Sungai Manggis 2013

Saya suka Hari Guru. Eh, bukan sebab dapat hadiah lah! Tapi kerana saya rasa dihargai. Setiap hari masuk ke kelas terasa seperti pergi berperang. Dengan marker dan ilmu sebagai senjata, terkadang saya kalah. Kalah kerana persiapan tidak rapi, dan kalah kerana memang ditakdirkan untuk kalah supaya saya dapat bangun semula.

Tahun ini agak sukar untuk saya kerana saya mengisi kekurangan guru sejarah, dan diberikan kelas peperiksaan. Biasalah, ajar exam classes ni memang agak tertekan. Tetapi saya bersyukur dapat pelajar-pelajar yang baik dan masuk diajar.

Saya bersama pelajar Tingkatan 3. Sama saiz

Tahun ini juga merupakan kali terakhir sambutan Hari Guru bersama Puan Hjh Fathimah yang berpindah ke SMK Banting. Rasa pilu juga hati kerana saya sudah menganggap Pn. Fathimah seperti ibu sendiri. Segala nasihat dan panduan daripada beliau saya simpan rapi dalam diri.

Gambar candid guru SMKSM 2013

Cikgu-cikgu sekolah kami memang sporting dan sangat berdedikasi mendidik anak bangsa. Semangat kerja sepasukan memang mantap. Cayalah cikgu!

Terima kasih cikgu-cikgu semua! Jasa cikgu akan saya kenang sepanjang hayat.

You teach best what you most need to learn – Richard Bach –

Hari Guru SMK Sungai Manggis 2012

Sedar tak sedar, dah hampir 5 bulan di sekolah. Kali pertama menyambut Hari Guru, saya berasa sangat excited! Yalah kan, dulu sambut Hari Guru sebagai pelajar, tapi kali ini dah jadi cikgu, disambut dan dirai membuat saya rasa sangat terharu!

Pada 16 Mei yang lalu, sambutan Hari Guru di Malaysia, kami sambut dengan penuh rasa kesyukuran dan gembira. Saya bersama Fauzi, pelajar tingkatan 6 merancang untuk mengadakan persembahan “Anak Kampung” nyanyian Jimmy Palikat. Lagu Sabah itu kami pilih kerana asal kami daripada kepulauan Borneo.

Jadi artis jemputan Hari Guru 2012

Selesai menyanyi, pelbagai aktiviti diadakan contohnya upacara sukaneka dan juga penyampaian hadiah. Paling best part makan lah! Hari Guru tak ada sesi P&P. Hari ni memang hari untuk meraikan guru daripada penat lelah. Kebiasannya Hari Guru di sekolah kami diatur oleh pelajar Tingkatan 6.

Iklan air mineral Summer

Banyak kenangan manis saya jadi cikgu, dan kalau orang tanya saya, lepas dua tahun nak sambung tak? Jawapan saya tetap Ya! I have not find any fulfilling career than teaching. I find my purpose of life in teaching.

Those who educate children well are more to be honored than they who produce them; for these only gave them life, those the art of living well.

– Aristotle, Philosopher –