Bengkel Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Sejarah SPM

Mulai Sejarah SPM 2013, soalan berbentuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) akan disoal untuk memastikan pehamahan pelajar dan aplikasi dalam subjek Sejarah. Sebelum tu, cikgu-cikgu kena pergi kursus dulu. Antara bahan-bahan semasa kursus saya kongsikan di sini.

Bahan 1

Bahan 2

Bahan 3

Bahan 4

Bahan 5

Bahan 6

We cannot solve our problems with the same thinking we used when we created them.

– Albert Einstein –

Keputusan PMR 2013 – Prestasi Mengikut Negeri

image

Alhamdulillah, dah diumumkan keputusan PMR 2013. Bagi yang dapat keputusan yang baik, tahniah. PMR bukanlah pengukur apa-apa. Sekarang mengenal prestasi diri dari segi akademik mengikut sistem pendidikan Malaysia.

Berkongsi keputusan PMR mengikut negeri, saya tergerak untuk memberi sedikit komen. Di tangga 3 ke bawah ialah negeri Kelantan, Perlis dan Sabah. Negeri yang secara demografi dan keadaan sosio-ekonomi yang agak rendah berbanding negeri lain.

Kita bercakap mengenai kesamarataan dalam pendidikan, tetapi dari taburan seperti ini tidak mencerminkan sedemikian.

Sistem Pentaksiran berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan supaya dapat membantu setiap pelajar di Malaysia. Tetapi dari segi implementasi, agak membebankan kepada guru.

Ucapan tahniah kepada para pelajar dan guru. Tahun depan dan tak ada PMR ya! Entah apa lagi bentuk pengukuran yang akan diperkenalkan.

Dari Kedah ke Banting – Tronoh, Perak

Tronoh terletak lebih kurang 30 kilometer dari Ipoh. Dulu masa belajar di Universiti Teknologi Petronas (UTP), bagai padang jarak padang tekukur. Datang balik, dah ada McDonald, Tesco siap KFC Drive Thru. Dah semakin membangun. Lama duduk sini dulu dengan mak dan abah (keluarga angkat). Adik-adik angkat semua masih kecil. Sekarang dah besar panjang, lagi besar dari kakak dia ni.

Dengan adik-adik angkat di Kpg Melayu Bali, Tronoh

Continue reading »

Dari Kedah ke Banting – Sungai Petani, Kedah

Perjalanan dari Jitra ke Sungai Petani mengambil masa lebih kurang satu jam (saya drive bawah speed limit). Guna jalan lebuhraya dari Alor Setar agak membosankan, tapi sebab nak cepat, redah juga. Singgah di Sungai Petani untuk menziarahi kawan lama ayah saya. Orang dulu-dulu, kalau nak berkenalan, guna surat. Mana ada SMS, Facebook bagai. Macam ayah dengan ibu saya dulu (ok, tu cerita lain).

Sebelum datang memang dah pesan nak makan tengahari di situ, makanya bersiaplah si tuan rumah memasak pelbagai jenis juadah, hasilnya, 8 JENIS LAUK. “Ni dah gaya Nasi Padang“, kata sepupu saya.

sambal pucuk betik, sambal udang kecik2, bendi kicap, ayam kunyit, pajeri nenas, sambal udang, kari ikan masin, ulam2 tanam sendiri.

Continue reading »

Dari Kedah ke Banting – Jitra, Kedah

Sebelum Konvokesyen UUM untuk PGDE, saya hadir ke UUM untuk kelas terakhir semester 1 pengajian Sarjana Pendidikan. Kemudian diikuti dengan keluarga saya yang menumpang di rumah keluarga angkat ayah saya di Jitra, Kedah. Lepas konvo, saya dan keluarga pun bertolak ke rumah keluarga angkat ayah saya ni. Sampai-sampai sahaja, saya disambut dengan lambaian pokok kelapa. Sangat menggoda!

Lambaian pokok kelapa yang menggoda

Continue reading »

Dari Kedah ke Banting – Kuala Perlis

Saya bergerak awal ke Majlis Konvokesyen UUM untuk PGDE memandangkan kelas terakhir untuk semester 1 pengajian Sarjana Pendidikan diadakan di UUM Sintok, Kedah. Sampai di UUM, teringat beberapa bekas pelajar SMKSM yang kini melanjutkan pelajaran di UUM. Cepat betul pelajar saya membesar. Cikgunya juga yang tak besar-besar.

Fauzi dan Nana, bekas pelajar Tingkatan 6 SMKSM

Continue reading »

Bengkel Perkongsian Ilmu Guru Sejarah Daerah Kuala Langat 2013

Seronok jadi Guru Sejarah, sebab rakan-rakan seperjuangan yang sangat produktif dan membantu dalam mendidik pelajar, lebih-lebih lagi Sejarah sekarang wajib lulus untuk SPM mulai 2013. Student yang nak exam, cikgu yang nervous. Biasalah kan?

Pada 10-11 Oktober yang lalu, PPD Kuala Langat mengadakan Bengkel Perkongsian Ilmu Guru-Guru Sejarah daerah Kuala Langat, bertempat di Sekolah Menengah Sains Banting, Selangor. Suka melihat susunan sekolah yang kemas dan luas, seluas pengalaman yang saya timba sepanjang bengkel ini.

Tujuan bengkel ini diadakan bagi menyediakan bahan bagi pelajar untuk dibawa ke dalam dewan peperiksaan. Format baharu SPM Sejarah 1249 memperkenalkan kertas 3 yang berkonsep “open-book test”. Pelajar diuji dengan soalan kemahiran berfikir aras tinggi dibantu oleh bahan-bahan seperti buku teks dan juga bahan yang disediakan oleh guru.

Kami dikejutkan dengan kehadiran Encik Azman Syarif dari Jabatan Pelajaran Selangor (JPS). Beliau memberi penerangan tentang prestasi setiap sekolah di daerah Kuala Langat dalam Peperiksaan Percubaan SPM 2013 dan berharap untuk mencapai KPI JPS, selaras dengan target untuk peratus lulus SPM sebenar.

En. Azman Sharif memberi taklimat kepada Guru-Guru Kuala Langat

Continue reading »

Hari Guru SMK Sungai Manggis 2013

Saya suka Hari Guru. Eh, bukan sebab dapat hadiah lah! Tapi kerana saya rasa dihargai. Setiap hari masuk ke kelas terasa seperti pergi berperang. Dengan marker dan ilmu sebagai senjata, terkadang saya kalah. Kalah kerana persiapan tidak rapi, dan kalah kerana memang ditakdirkan untuk kalah supaya saya dapat bangun semula.

Tahun ini agak sukar untuk saya kerana saya mengisi kekurangan guru sejarah, dan diberikan kelas peperiksaan. Biasalah, ajar exam classes ni memang agak tertekan. Tetapi saya bersyukur dapat pelajar-pelajar yang baik dan masuk diajar.

Saya bersama pelajar Tingkatan 3. Sama saiz

Tahun ini juga merupakan kali terakhir sambutan Hari Guru bersama Puan Hjh Fathimah yang berpindah ke SMK Banting. Rasa pilu juga hati kerana saya sudah menganggap Pn. Fathimah seperti ibu sendiri. Segala nasihat dan panduan daripada beliau saya simpan rapi dalam diri.

Gambar candid guru SMKSM 2013

Cikgu-cikgu sekolah kami memang sporting dan sangat berdedikasi mendidik anak bangsa. Semangat kerja sepasukan memang mantap. Cayalah cikgu!

Terima kasih cikgu-cikgu semua! Jasa cikgu akan saya kenang sepanjang hayat.

You teach best what you most need to learn – Richard Bach –

Kem Badan Beruniform di Berhulu Camp

Masa sekolah dulu, saya memang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum. Memang gelap saya pergi kawad kaki, jamboree, tak usah cerita la kena gigit binatang yang pelik-pelik. Contohnya, binatang macam ni.

Kena gigit dengan binatang ni

Pada 12-14 April 2013, saya menyertai aktiviti sekolah dalam Kem Badan Beruniform di Simpang Pertang, Negeri Sembilan. Seronok sangat! Memandu kereta bersama Pn. Rapimah, School-Based Mentor (SBM) saya, kami disaji pemandangan yang penuh hijau sepanjang perjalanan.

Tiba di Berhulu Camp, saya terus rendam kaki dalam kolam ni. Mula-mula tak ada rasa apa-apa. Sekali bila ikan-ikan kecil datang menggigit kaki, saya mulai menjerit dan diketawakan oleh guru lain. Sabar je la. Alah bisa, tegal biasa. Lama-lama seronok pula rendam kaki dalam ni sambil ikan-ikan kecil tu menggigit kulit mati dari kaki.

 

Seronok rendam kaki dalam ni. Nampak tak ikan kecil?

Saya datang pada hari kedua kem seperti yang ditugaskan. Para peserta kem dikerah menyelam, bermain lumpur dan yang seronok, belajar berenang. (Safety first, semua peserta diwajibkan memakai jaket pelampung). Objektif kem seperti ini untuk membina kemahiran interpersonal dalam diri pelajar.

Salah satu aktiviti “Team Building”

Para fasilitator di Berhulu Camp sangat sporting! Sebelum pulang, kami dirai dengan aktiviti menarik dan juga sesi penyampaian hadiah. Memang seronoklah walaupun hanya satu malam saya di sini.

Para fasilitator yang sporting

Bas dah tunggu untuk pulang

Walaupun saya tidur dalam kereta kerana kekurangan khemah, tetapi tetap selesa di sini kerana kurang nyamuk. Terima kasih kepada semua fasilitator di Berhulu Camp. Semoga berjumpa lagi pada tahun depan!

A boat doesn’t go forward if each one is rowing their own way.
– Swahili proverb –

Tuisyen kepada pelajar SMK Pulau Carey anjuran Sime Darby

Pulau Carey terletak lebih kurang 20km dari Banting. Dari pintu masuk Sime Darby Plantation, lebih kurang 12km ke dalam, terletak SMK Pulau Carey. Kalau bukan sebab saya mengajar untuk tuisyen di Pulau Carey, entah bila akan saya jejak kaki ke sini.

SMK Pulau Carey

Program Tuisyen percuma ini merupakan kerjasama pihak Sime Darby dan Pusat Pendidikan Mawar cawangan Banting. Sime Darby sangat berdedikasi dalam membantu SMK Pulau Carey memandangkan kebanyakan anak-anak pekerja Sime Darby bersekolah di sini.

Populasi pelajar di sini kurang ramai, dengan anggaran 300 pelajar dan 20 orang guru. Setiap tingkatan hanya ada 2 kelas. Nampak mudah, tetapi akses pelajar yang agak kurang dengan dunia luar menyebabkan pelajar kurang terdedah dengan keadaan di dunia sebenar.

Pelajar menonton video berkenaan Pembentukan Negara Bangsa

Saya suka mengajar di sini kerana pelajarnya yang sempoi dan ingin belajar. Kehadiran ke sekolah yang kurang memberangsangkan merupakan salah satu punca utama keputusan pelajar sekolah ini agak rendah. Jujurnya, jika program TFM wujud di sekolah ini, saya tidak teragak untuk pindah ke sini.

Pemandangan di pantai Pulau Carey

Sebabnya, di sini terdapat pemandangan yang indah. Tak percaya? Lihatlah pantai di atas. Keadaan pelajarnya juga masih terkawal dari segi disiplin. Tapi saya masih diperlukan di SMK Sungai Manggis. Tak kiralah di mana pun seorang guru mengajar, yang penting, pelajar ingin belajar. Tak gitu?

“You can’t have a goal without determination, because without the determination the goal will die.”
― Patrick L. Turner