PGDE di Taylor’s University Lakeside Campus – Semester 2

Selesai sesi persekolahan tahun 2012, felo semua memulakan pengajian PGDE semula di Taylor’s University Lakeside Campus di Subang Jaya. Terima kasih pihak Taylor’s kerana sudi menaja tempat untuk kelas kami. Biasalah, nama pun dah nomad, kat mana-mana pun, masih boleh belajar.

Kami diasingkan mengikut opsyen memandangkan subjek lebih bertumpukan kepada opsyen felo masing-masing. Dalam kumpulan Sejarah ada 7 orang. Tetapi ada juga kelas yang melibatkan semua felo seperti kelas “Creativity in Teaching”. Prof. Jonathan Barnes diterbangkan khas daripada Canterbury Christ Church University, UK untuk mengajar kami subjek ini.

selepas kelas “Creativity in Teaching”

Saya masih ingat antara aktiviti di dalam kelas untuk subjek ini ialah mencari objek yang sesuai dengan kata adjektif yang diberikan. Setiap felo diberikan beberapa adjektif dan masa untuk tugasan tersebut.

 

Aktiviti 1 – Adjektif “Colourful”

Sebelum itu, kami diberi “framework” ataupun syarat-syarat sebelum melakukan aktiviti ini, sepeti jumlah masa yang diberikan dan adjektif minimum yang perlu dicapai. Selebihnya, kami diberi kelonggaran untuk membuat intepretasi sendiri berkenaan adjektif tersebut.

Aktiviti 2 – Adjektif “Heating”

Aktiviti ini sesuai bagi semua mata pelajaran, tetapi memerlukan masa yang agak panjang. Kawalan kelas paling penting untuk aktiviti ini. Kalau tak, memang bertebaranlah pelajar kita satu sekolah.

Education is what remains after one has forgotten what one has learned in school.
– Albert Einstein –

Tragedi Oktober

Berat rasanya nak tulis post kali ini, seberat rasa di hati. Beberapa bulan ini hidup peribadi saya mengalami banyak perubahan drastik. Perubahan yang saya sendiri tak pasti sama ada saya bersedia atau tidak. Kalau ikutkan semangat, memang rasa tak kuat. Tapi mengenangkan masa depan Fatin dan keluarga saya, saya kuatkan juga hati, kerana petunjuk yang Allah beri dalam setiap istikharah saya, ke arah yang sama.

Cendol kelapa ini terasa pahit, seperti perasaan saya ketika menjamahnya

Banyak yang saya dah lakukan, pengorbanan dan kesilapan demi kesilapan. Tak terkira dah titisan air mata, juga tekanan emosi yang saya hadapi. Tapi saya percaya dugaan yang saya alami ini membuat saya menjadi kuat. Sepanjang perjalanan dari Manjung ke Banting menggunakan jalan lama melalui Teluk Intan-Klang, saya singgah dengan segala macam kenangan dan doa.Pemandangan di Tanjung Karang dan Sabak Bernam banyak membuat saya terfikir sendiri, “Are you ready to have a new title, Dyieba?”

Pemandangan menarik di belakang masjid di Tg Karang

Pakaian saya serba hitam, sehitam kenangan saya sepanjang perjalanan ini. Tak usah cerita berapa kali saya menangis. Sampai dah habis air mata nak luahkan segala yang terpendam. Tapi syukur, keluarga saya tetap kuat bersama saya.

Masih cuba tersenyum

Kalau orang tanya apa yang terjadi, biarlah saya pendam sendiri. Tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Tapi saya tahu, dalam menempuh cabaran ini, saya tak sendiri. Kekuatan saya semua di sekeliling saya. Mudahan Allah permudahkan segalanya.

Tough time won’t last, tough people do.
– Dr. Robert Schuller –

TFM Flipped Week 2012 bersama Sunway Group

Semasa TFM Week pada 17 April lalu, saya berganding bahu bersama Tan Sri Ramon Navaratnam, Penasihat di Sunway Group. Dan sebagai timbal balik, pelajar SMK Sg. Manggis dijemput untuk mengadakan lawatan ke Sunway. Kami melawat ke Sunway Hotel, Sunway Pyramid, Sunway Hospital, dan Sunway Lagoon di Bandar Sunway.

Pelajar chef yang posing je lebih

Pelajar saya diberi keistimewaan untuk hands-on experience di dapur Sunway Hotel & Spa. Siap berangan lagi nak jadi Chef tu. Tak puas hati cikgu! Cikgu pun tak ada peluang masak dengan chef tau.

New Strait Times

TFM Flipped di New Strait Times

Terima kasih kepada pihak Sunway kerana menjemput kami ke Sunway! Mudahan dengan lawatan ini, hubungan antara Sunway dan SMK Sungai Manggis semakin erat.

Successful people have a social responsibility to make the world a better place and not just take from it.

– Carrie Underwood –

Super Saturday bersama BCG Consulting Group

Super Saturday merupakan aktiviti hari Sabtu yang diadakan bersama pihak TFM sebagai salah satu program latihan kepimpinan. Kerjasama pihak TFM dan juga badan korporat banyak memberi kami ruang dan peluang untuk meningkatkan kemahiran intepersonal dan kemahiran organisasi sebagai felo.

Super Saturday bersama BCG Consulting Group

Pihak BCG membantu kami untuk mendapatkan idea tentang projek komuniti yang felo wajib lakukan pada tahun kedua. Jujurnya, saya tak ada idea lagi nak buat apa, dan dengan bantuan mereka, adalah sedikit idea yang masih belum digarap rapi lagi.

Terima kasih pihak BCG kerana sudi membantu kami!

We can’t help everyone, but everyone can help someone.

– Ronald Reagan –

Hari persaraan dan baju sekolah

Sempena hari Persaraan Tuan Haji Salim, kami felo TFM mengadakan persembahan khas, memaparkan saya menyampaikan sajak sambil berbaju sekolah. Seronok tengok reaksi pelajar lain, siap ada pelajar lelaki saya menyakat, “Ingat student baru tadi, baru nak ngorat!“. Cheh, cikgu dah ada anak sorang ok!

dengan Ikhwan, pakwe baru

Saya pinjam baju sekolah salah seorang pelajar perempuan saya. Nasib muat! Kalau saya guna baju sekolah mengajar dalam kelas, tak tahu lah macam mana. Sekarang pun masih ada cikgu yang tak perasan saya dalam kelas, lagilah kalau saya guna pakaian yang sama! Aha, mimpi!

When you put on a uniform, there are certain inhibitions that you accept.

– Dwight D. Eisenhower –

Lawatan bersejarah ke Melaka

Tahun pertama menjadi felo TFM, saya diberikan tugas untuk menjadi guru Kelab Sejarah dan Geografi. Biasanya di sekolah, kelab Sejarah dan Geografi ni kelab yang kurang peminat. Tapi alhamdulillah, ahli kelab saya seramai 18 orang. Kira ok lah kan?

Pada 9 Jun 2012 yang lalu, saya memilih pelajar yang memenangi pertandingan kuiz dalam ahli kelab, dan lawatan bersejarah ke Melaka! oh, seronok ye cikgu belanja bawa jalan-jalan. Saya ditemani oleh adik saya yang kini menuntut di UiTM Lendu. Ada tourist guide dan driver, so tak lah rasa bosan sangat.

Ahli kelab Sejarah di A Famosa, Melaka

Antara tempat bersejarah yang kami lawati ialah Muzium Samudera, Muzium Melaka, dataran Pahlawan dan diakhiri dengan Wildlife Centre Melaka! First time tengok anjing laut, rasa teruja sangat!
Kami dialukan dengan persembahan tarian Sarawak. Hehe, sidak sik tauk bah urang Sarawak depan mata.

Tarian Selamat Datang dari Sarawak

ahli kelab Sejarah di Wildlife Centre, Melaka

Bagi yang tak tahu, saya memang geli sangat dengan ular. Eiii, even ikan yang berbentuk kepala ular macam belut ke, haruan ke, even pari pun, minta simpang lah. Memang saya tak makan. Tapi saya dapat atasi ketakutan dengan meletakkan ular di leher! Akhirnya! (Tu pun menggeletar satu badan). Adik saya relaks je.

Muka cuak ular kat leher

Adik saya relaks je

Sampai rumah di Banting hampir jam 9 malam, tetapi kenangan di Melaka tetap tak dapat dilupakan. Tengoklah kalau rajin, buat lawatan lagi ke Melaka, tapi perlu buat lebih baik.

The first duty of man is to conquer fear; he must get rid of it, he cannot act till then.

– Thomas Carlyle –

Hari Guru SMK Sungai Manggis 2012

Sedar tak sedar, dah hampir 5 bulan di sekolah. Kali pertama menyambut Hari Guru, saya berasa sangat excited! Yalah kan, dulu sambut Hari Guru sebagai pelajar, tapi kali ini dah jadi cikgu, disambut dan dirai membuat saya rasa sangat terharu!

Pada 16 Mei yang lalu, sambutan Hari Guru di Malaysia, kami sambut dengan penuh rasa kesyukuran dan gembira. Saya bersama Fauzi, pelajar tingkatan 6 merancang untuk mengadakan persembahan “Anak Kampung” nyanyian Jimmy Palikat. Lagu Sabah itu kami pilih kerana asal kami daripada kepulauan Borneo.

Jadi artis jemputan Hari Guru 2012

Selesai menyanyi, pelbagai aktiviti diadakan contohnya upacara sukaneka dan juga penyampaian hadiah. Paling best part makan lah! Hari Guru tak ada sesi P&P. Hari ni memang hari untuk meraikan guru daripada penat lelah. Kebiasannya Hari Guru di sekolah kami diatur oleh pelajar Tingkatan 6.

Iklan air mineral Summer

Banyak kenangan manis saya jadi cikgu, dan kalau orang tanya saya, lepas dua tahun nak sambung tak? Jawapan saya tetap Ya! I have not find any fulfilling career than teaching. I find my purpose of life in teaching.

Those who educate children well are more to be honored than they who produce them; for these only gave them life, those the art of living well.

– Aristotle, Philosopher –

TFM Week April 2012

Menjadi sebahagian daripada felo Teach For Malaysia, pelbagai program diadakan bagi memberi pendedahan kepada felo dan juga rakan Teach For Malaysia berkenaan pendidikan di Malaysia. Program co-teaching bersama dengan wakil korporat, selebriti dan juga orang berkepentingan di sektor awam dan swasta melalui Teach For Malaysia Week. Setiap felo akan dibantu oleh seorang “selebriti” sebagai tenaga pengajar di dalam kelas.

Saya sungguh bertuah kerana dipadankan bersama Tan Sri Dr. Ramon Navaratnam, Penasihat Korporat bagi Sunway Group. Bersama beliau, saya berkongsi sejarah kisah kemerdekaan di Tanah Melayu, ketika beliau berusia 8 tahun. Jujurnya, saya berasa sangat bangga kerana pada usia 77 tahun, Tan Sri masih mampu berdiri hampir sejam untuk memberi kata-kata semangat kepada kelas 3 Mutiara. I feel so humbled by his effort, in a class without fan or a proper chair to welcome him, but he didn’t even complain!

The Malay Mail – Tan Sri Teacher in Action
17 April 2012

Tan Sri Teacher in Action

Keratan akhbar The Malay Mail

 

Kami cuba mencapai capaian Twitter trending pada hari pertama, tapi agak sukar dengan capaian internet yang terhad. Mengejutkan, ada satu tweet @TeachForMsia untuk saya. Seganlah, ramai lagi cikgu lebih baik.

capture1

Terima kasih semua yang terlibat. Mudahan TFM Week dapat dijalankan setiap tahun untuk memberi peluang kepada sekolah dan pelajar didedahkan dengan keadaan dunia sebenar.

 

It takes 20 years to build a reputation and five minutes to ruin it. If you think about that, you’ll do things differently
– Winston Churchill –

PGDE History Group – Semester 1

Seramai 7 orang felo memilih opsyen Sejarah sebagai mata pelajaran utama di sekolah TFM. Untuk PGDE, beberapa kelas kami dibahagikan mengikut opsyen masing-masing. Memandangkan UUM tidak mempunyai kepakaran bagi subjek Sejarah, pensyarah kami dijemput daripada UPSI.

Dr. Ishak dan 7 Sejarawan

 

Kelas kami dikongsi bersama oleh Prof. Madya Dr. Ishak Saat, dan Dr. Nabir Bin Haji Abdullah, pakar sejarah yang tersohor di Malaysia. Memang tak rugi lah kami diajar oleh pensyarah berpengalaman dalam bidang sejarah. Dr. Ishak selalu berpesan yang “Sejarah hanyalah satu perspektif. Itulah sebabnya Sejarah dalam bahasa Inggeris ialah “His-story” bermaksud cerita orang.”

Dr. Nabir dan 7 Sejarawan

Macam biasalah, saya yang paling comel dan kecil dalam kelas. Masa ni memang tak pandai nak bergaya. Yang penting ialah masa dalam kelas. Saya suka pesanan Dr. Nabir, “Tiada guru dalam sejarah, kerana semua orang ialah pelajar Sejarah.” Saya sedar, makin banyak saya baca tentang sejarah, makin banyak yang saya tak tahu.

 

Those who don’t know history are destined to repeat it.

– Edmund Burke –

TFM Fellow 2012 – Kuala Langat Group

2 buah sekolah terpilih di daerah Kuala Langat untuk program Teach For Malaysia iaitu SMK Sungai Manggis dan SMK Tanjung Sepat. Biasalah, felo muda, part makan-makan ni memang nombor satu.

Pada 22 Mac yang lalu, kami mengadakan perjumpaan untuk berkongsi kisah di sekolah kami sambil makan di satu-satunya Secret Recipe di Kuala Langat. 3 felo di SMK Tanjung Sepat ialah Karthik, Azimi dan Jessica.

Felo TFM daerah Kuala Langat

Antara perbincangan kami meliputi PGDE, keadaan persekitaran di Kuala Langat dan teknik kawalan kelas yang berkesan. Perbincangan tidak formal sebegini lebih mudah dan selesa kerana tidak tertakluk kepada agenda dan juga formaliti seperti mesyuarat. Paling best, part makan. Bayar sendiri-sendiri sebab semula pun belum dapat gaji lagi.

If everyone is moving forward together, then success takes care of itself.

– Henry Ford –