Semakan UPU dan Politeknik 2014 Melalui SMS

Dulu cikgu ingat lagi, nak dapat tahu masuk U atau tidak, tunggulah surat kat rumah. Masa dapat surat tu, bukan main lagi melompat dan menjerit keriangan! Dapat 3 tawaran yang cikgu minat masa tu, Foundation Programme di UTP, Asasi di UIA dan Kolej Matrikulasi Labuan. Alhamdulillah, sekarang dah dapat 2 kelulusan dan in progress for the third one.

Masa yang ditunggu sudahpun tiba! Semakan untuk kemasukan UPU bagi lepasan SPM 2013 boleh dibuat sejak 10 Mei yang lepas melalui SMS.

semak upuDah semak tapi tak dapat? Kalau tak dapat UPU, jangan sedih , boleh semak kemasukan ke Politeknik, IKBN, ILP mulai 16 Mei 2014.

check poli

Checklah! Kalau tak dapat juga, jangan sedih. Banyak lagi peluang yang ada. Boleh kemukakan rayuan lagi. Kalau masih tak dapat, cikgu sarankan cari pengalaman bekerja. Cari duit, kumpul duit lepas tu fikir balik nak sambung belajar atau tak. Jadilah insan yang berguna.

β€œIt does not matter how slowly you go as long as you do not stop.”
― Confucius

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>