Projek Komuniti

cookpreneur logo

Projek Cookpreneur merupakan usaha kecil saya dalam projek komuniti felo Teach For Malaysia. Projek ini dijalankan sebagai salah satu projek komuniti yang wajib dilaksanakan oleh Felo Teach For Malaysia untuk melengkapkan portfolio mereka sebagai seorang guru bertransformasi.

Projek ini bertujuan untuk menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti sekolah secara amnya.

VISI PROJEK

Visi projek ini ialah untuk memupuk semangat kerjasama antara pelajar dan guru serta membina semangat keusahawanan dan keyakinan kendiri pelajar SMK Sungai Manggis.

MISI PROJEK

Misi projek ini ialah untuk melaksanakan pembelajaran, bimbingan dan latihan secara efektif dan efisien bagi melahirkan usahawan muda dalam bidang masakan komersil.

OBJEKTIF PROJEK

  • Bagi mempertingkat kemahiran para pelajar serta ibu bapa khususnya dalam bidang masakan komersil dan keusahawanan
  • Menjadi salah satu alternatif bagi ibu bapa dan pelajar untuk menambah pendapatan sampingan.
  • Merapatkan hubungan guru dan pelajar.

Aktiviti jualan di bawah projek Cookpreneur

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>