Projek Cookpreneur – Pertandingan Masakan

Kalau ikutkan, minggu ni sepatutnya kelas masakan yang kedua bersama Chef Syaiful. Akan tetapi, atas sebab yang tak dapat dielakkan, Chef Syaiful tidak dapat datang. Kita tukar strategi, terhasillah pertandingan masakan bersama dengan peserta kelas masakan Cookpreneur.

Maka pada 25 Mei yang lalu, berlangsunglah pertandingan masakan untuk Projek Cookpreneur. Hadiahnya berupa pakej jalan-jalan cari makan bersama Cikgu Adibah. Biasalah, nama dah projek masakan dan keusahawanan.

Kumpulan Lempeng Telur kusyuk memasak

Tema pertandingan ialah “Lempeng”. Lempeng ataupun “pancake” merupakan makanan yang selalu disediakan untuk sarapan pagi. Mudah dan menyelerakan! Tiga jenis lempeng yang disediakan ialah Lempeng Sagu Kelapa, Lempeng Sardin dan Lempeng Cheese Telur.

Setiap kumpulan diberikan tugasan menyediakan lempeng dalam tempoh 30 minit. Biasalah makanan untuk sarapan, perlulah mudah dan cepat disediakan. Ini juga untuk melatih para peserta cekap di dapur.

Lempeng Sardin

Lempeng Cheese Telur

Lempeng Sagu Kelapa

Dah penat masak, apa lagi? Makanlah! Kami menjamu selera sambil memberi komen tentang hasil masakan kumpulan masing-masing. Kumpulan yang menang ialah kumpulan yang mempamerkan kreativiti hidangan serta rasa yang sedap. Rasanya-rasanya, yang mana yang menang?

Masa untuk makan

Alhamdulillah, semua dah kenyang. Kumpulan yang menang ialah kumpulan Lempeng Cheese Telur kerana rasa yang paling sedap berbanding kumpulan lain. Dalam lempeng ada cheese yang cair di mulut. Nyum Nyum. Kesilapan Kumpulan Lempeng Sagu Kelapa ialah sagu masih belum kembang sepenuhnya, dan kumpulan lempeng sardin, bentuk lempeng yang biasa.

Gambar kenang-kenangan

Kalau cikgu larat, tahun depan kita buat lagi ya! Congratulations all!

“Part of the secret of success in life is to eat what you like and let the food fight it out inside.” (Mark Twain)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>