Projek Cookpreneur – Jalan-Jalan Cari Makan

Lepas pertandingan masakan, pemenang terus dapat hadiah, iaitu Jalan-Jalan Cari Makan bersama Cikgu Adibah. Singgahan pertama ke Young Chef Academy di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur. Kami singgah melawan Young Chef Academy untuk melihat sesi kelas dan betermu dengan Ketua Chef, Sarah. Pelajar-pelajar sungguh teruja mengetahui kewujudan akademi seperti ini untuk kanak-kanak.

Pelajar di Young Chef Academy

Tak cukup dengan itu, eplaajr dibawa menyertai Mini Carnival bersama Abang Brian dan Islamic relief Malaysia. Saya berasa sangat terharu memandangakn orang bukan Islam sangat prihatin akan nasib orang Islam. Sekiranya anda ada barang yang masih elok untuk disumbangkan, boleh berbuat demikian, bolehlah hubungi Islamic Relief Malaysia, Bangi.

di Mini Carnival di Islamic Relief, Bangi

Abang Brian sangat mesra bersama kanak-kanak! Terlihat kegembiraan di wajah setiap hadirin dengan jamuan yang terhidang. Syukur, kerja amal seperti ini wajar dilakukan lagi untuk membantu lebih ramai yang kurang bernasib baik.

Abang Brian, Finalis Masterchef Musim 1

Artikel berkenaan karnival ini seperti di New Strait Times, Carnival Creativity for Children. seronok mengetahui kanak-kanak didedahkan dengan aktiviti dan kerja amal sedari kecil lagi.

Seronoknya main air

Hadiah kejutan untuk pemenang, sesi belajar memasak Biskut ala Famous Amos di rumah Datin Zaleha, isteri kepada Dato’ Haji Shamsudin. Siap mandi kolam lagi ye! Memang mengujakan!

Terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya Abang Brian dan juga Datin Zaleha. Mudahan aktiviti seperti ini dapat dijalankan tahun depan.

We make a living by what we get. We make a life by what we give.
― Winston Churchill

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>