Pertanyaan

Alumni-Induction-Group-Shot.jpg

1. Bagaimana untuk memohon menjadi Felo Teach For Malaysia?

Permohonan untuk menjadi Felo Teach For Malaysia dibuka mengikut tarikh tutup seperti yang tertera di laman web rasmi Teach For Malaysia. Pengambilan mengikut kohort berdasarkan tahun mengajar.

Pengambilan bagi kohort 2015 telah dibuka sekarang!

2. Apakah syarat dan keperluan untuk menjadi Felo Teach For Malaysia?

Syarat asas untuk memohon sebagai felo ialah:

  •   Warganegara Malaysia
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda (dalam pelbagai bidang) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
  • Fasih dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
  • Tiada keperluan mengajar di sekolah kerajaan dan/atau telah berkhidmat dengan sekolah kerajaan.

Selain itu, untuk menjadi seorang felo perlulah:

  • Kemahiran komunikasi yang baik serta mampu untuk menyelesaikan konflik dalam persekitaran yang mencabar.
  • Berfikiran kritis dan kreativiti
  • Mempunyai kemahiran organisasi dan perancangan yang baik
  • Berdaya tahan dan cintakan cabaran
  • Menghargai kepelbagaian, bersikap hormat, rendah hati dan empati untuk orang lain

3. Apakah kelebihan menjadi felo Teach For Malaysia berbanding guru biasa?

Semasa Fellowship, felo diberi peluang melanjutkan pelajaran secara separuh masa dalam bidang Post Graduate Diploma in Education (PGDE) dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia dibiayai sepenuhkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Berbanding dengan guru DPLI yang ditempatkan selepas pengajian, felo dapat mengaplikasi pembelajaran secara terus di sekolah bagi memantapkan kemahiran pedagogi.
Selain itu, felo dapat menghadiri pelbagai latihan kepimpinan dan kerjasama dengan badan korporat yang turut menjayakan program Teach For Malaysia.

4. Bagaimanakah latihan Institut sebelum program dijalankan?

Setiap felo perlu menjalani latihan intensif selama 8 minggu di Institut yang meliputi pelbagai program seperti beberapa kelas PGDE, Sesi Inspirasi bersama tokoh-tokoh terkenal dan juga Kem SKORLah! untuk meningkatkan kemahiran pedagogi sebelum ditempatkan di sekolah.

5. Adakah pilihan subjek dan petempatan felo ditetapkan atau berdasarkan pilihan?

Felo boleh memohon untuk pilihan subjek dan petempatan berdasarkan keperluan yang ada, tetapi hanya muktamad berdasarkan petempatan dan pilihan subjek mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia.

6. Berapakah gaji dan pakej imbuhan (remuneration package) yang felo nikmati?

Felo dibayar mengikut gred Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) DG41 dan elaun seperti dalam Maklumat Gaji dan Deskripsi Tugas oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

7. Bagaimanakah bentuk sokongan dan latihan selepas Institut bagi felo?

Setiap felo mempunyai School-Based Mentor (SBM) yang merupakan guru berpengalaman di sekolah. Selain itu, setiap felo juga mempunyai Leadership Development Officer (LDO) dari pihak Teach For Malaysia. Institut Aminuddin Baki juga memperuntukkan seorang pensyarah pembimbing di setiap sekolah bagi membantu felo. Felo juga mempunyai sokongan kuat dari pihak Alumni TFM.

8. Bolehkah seorang felo mengajar kurang daripada 2 tahun?

Felo diwajibkan untuk berkhidmat selama 2 tahun bagi memenuhi syarat PGDE dan Fellowship. Walau bagaimanapun, bagi felo yang mempunyai sebab-sebab tertentu, perlu dipanjangkan ke pihak pengurusan Teach For Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk pertimbangan selanjutnya.

9. Selepas 2 tahun, apakah pilihan yang felo ada?

Felo sangat digalakkan untuk menyambung perkhidmatan sama ada secara tetap atau secara kontrak selepas 2 tahun. Selain itu, felo juga boleh memohon pekerjaan di sektor kerajaan dan swasta yang lain seperti Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), PADU, PEMANDU serta CIMB, Sunway dan pelbagai syarikat dan badan korporat yang lain.

10. Adakah cara lain untuk saya menyumbang kepada pendidikan tanpa menjadi Felo?

Anda boleh mendaftar sebagai sukarelawan Teach For Malaysia, atau Ketua Kampus bagi universiti tempat anda belajar.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>