Kelas Eksplorasi Sejarah

Sempena Bulan Pusat Sumber dan Minggu Kemanusiaan, terfikir juga apalah aktiviti nak dilakukan sesuai dengan waktu pembelajaran? Nak kejar silibus lagi, nak buat itu inilah.. tapi NO excuse! Hehe… So, bila jalan-jalan kat sekolah, terpandang juga papan-papan notis sejarah yang jarang pelajar nak baca pun. Jadi, kita optimumkan penggunaannya!

Pelajar asli dan pelajar melayu bekerjasama

Tak susah pun nak buat aktiviti macam ni sebenarnya. Yang penting, sediakan hadiah (alaaa,, cloud 9 yang 10 keping tu baru RM2.00 kan, sedekahlah kat pelajar). Prosedurnya:

1. Bahagikan pelajar kepada kumpulan (maksimum 5 orang satu kumpulan. Jangan ramai-ramai, pening nanti)

2. Berikan masa dan arahan dengan jelas.

3. Facilitate the students!

4. Sediakan satu soalan KBAT selepas mereka hantar jawapan, supaya mereka berfikir. (Contoh soalan:  Bagaimanakah  kamu menunjukkan semangat patriotisme?)

(p/s: sebelum tu, cikgu kena lah sediakan soalan yang sesuai ye).

Pelajar kusyuk mencari jawapan pada papan notis sejarah

Creativity is not the finding of a thing, but the making something out of it after it is found.

-James Russell Lowell-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>