Meeting with Celcom Management Trainees

Sibuk sungguh rasanya tahun ini, tapi alhamdulillah, diberi rezeki dan peluang untuk mengembangkan kerjaya. Dah lama sebenarnya Giles approach TFM Teaching Alumni yang berminat untuk memberi peluang kepada Celcom Management Trainees ni untuk berbakti di sekolah. Mengenangkan yang saya akan berada di sekolah ini dalam tempoh yang agak lama, maka terfikir-fikir juga, siapalah yang nak sambung teruskan projek komuniti kami?

Maka, pada 23 Januari 2014 yang lalu, berlangsunglah pertemuan pertama yang tak formal di Kenny Rogers, AEON Bukit Tinggi, Klang untuk sesi suai kenal dan diskusi ringkas berkenaan projek komuniti dan program CSR bagi Management Trainees ini. 7 orang Celcom Management Trainees yang terlibat ialah Arvindd, Faris, Hayqal, Athirah, Bainin, Faizal dan Tessa. Seronok tengok orang-orang muda (again, I feel old) penuh bersemangat.

 Gambar 1: Seronok makan.

 

Gambar 2: Baru nak tengok kamera

4 orang Management Trainees yang akan saya buli (Muahahaha! Bunyi cam mak tiri kejam dalam cerita Cinderella) ialah Athirah, Arvindd, Faris dan Hayqal. We’ll wait and see what will happen!

Projek Cookpreneur – Jalan-Jalan Cari Makan

Lepas pertandingan masakan, pemenang terus dapat hadiah, iaitu Jalan-Jalan Cari Makan bersama Cikgu Adibah. Singgahan pertama ke Young Chef Academy di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur. Kami singgah melawan Young Chef Academy untuk melihat sesi kelas dan betermu dengan Ketua Chef, Sarah. Pelajar-pelajar sungguh teruja mengetahui kewujudan akademi seperti ini untuk kanak-kanak.

Pelajar di Young Chef Academy

Continue reading »

Projek Cookpreneur – Pertandingan Masakan

Kalau ikutkan, minggu ni sepatutnya kelas masakan yang kedua bersama Chef Syaiful. Akan tetapi, atas sebab yang tak dapat dielakkan, Chef Syaiful tidak dapat datang. Kita tukar strategi, terhasillah pertandingan masakan bersama dengan peserta kelas masakan Cookpreneur.

Maka pada 25 Mei yang lalu, berlangsunglah pertandingan masakan untuk Projek Cookpreneur. Hadiahnya berupa pakej jalan-jalan cari makan bersama Cikgu Adibah. Biasalah, nama dah projek masakan dan keusahawanan.

Kumpulan Lempeng Telur kusyuk memasak

Tema pertandingan ialah “Lempeng”. Lempeng ataupun “pancake” merupakan makanan yang selalu disediakan untuk sarapan pagi. Mudah dan menyelerakan! Tiga jenis lempeng yang disediakan ialah Lempeng Sagu Kelapa, Lempeng Sardin dan Lempeng Cheese Telur.

Continue reading »

Projek Cookpreneur – Kelas Masakan

Bahagian pertama Projek Cookpreneur tahun 2013 ialah kelas masakan. Pelajar akan didedahkan dengan teknik di dapur oleh chef berpengalaman, Chef Syaiful Bahri. Kelas selama 4 jam itu bermula pada 19 Mei ini dan dibahagikan kepada 2 bahagian.

Taklimat sebelum kelas masakan

Peserta sedang menyalin resepi

Tiga jenis resepi yang dipelajari oleh para peserta pada hari tersebut ialah Velvet Cupcake, Blueberry Crepe, dan Biskut Coklat Macadamia. Dengar nama pun dah lapar. Saya tolong tengok je.

Zuhairah tersenyum tengok doh Biskut Coklat Macadamia

Doh Biskut Coklat Macadamia sebelum dibakar

Pelajar sedang menyediakan Vevet Cupcake untuk dibakar

Kami menghadapi sedikit masalah kerana ketiadaan elektrik, maka kerja membakar kami lakukan di bilik yang lain. Tetapi itu tidak melunturkan semangat para peserta kelas masakan untuk meneruskan aktiviti mereka. Dengan bantuan chef Syaiful, pelajar belajar banyak perkara berkaitan masakan pada hari tersebut.

Siap akhirnya! Masa untuk makan

Kalau tak tahu lagi, saya memang suka makan. Kalau orang masak, saya suka menyibuk nak rasa. Dah lama tak masak sejak berjauhan dari keluarga. Bagi yang ingin mendapatkan resepi tersebut, sila emel diba.latif@gmail.com.

 

One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
– Virginia Woolf

 

Pengenalan Projek Cookpreneur 2013

Setiap felo TFM perlu menjalankan projek komuniti pada tahun kedua Fellowship. Saya memilih tema keusahawanan melalui masakan, diberi nama “Cookpreneur”, gabungan nama “cook” dan “entreprenuer“. Latar belakang keluarga saya yang bertunjangkan perniagaan dalam pelbagai sektor menjadi asas saya. “Mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi”, bak kata pepatah Melayu lama. Kenapa masakan? Saya berpendirian yang “food always unite people together, regardless of race.”

Bersama pelajar ERT di bilik masakan

Untuk tahun ini, fokus saya tidak besar memandangkan saya fokus utama saya kepada pelajaran dan juga membantu pelajar tingkatan 5 dan 3 dalam subjek Sejarah. Untuk projek Cookpreneur bagi tahun 2013, saya merancang untuk mengadakan kelas masakan, pertandingan masakan dan jualan masakan untuk mengumpul dana bagi projek ini tahun depan.

Bersama Abang Brian, finalis Masterchef Musim 1

Saya mengajar kumpulan pelajar yang kecil ini tentang teknik “bootstrapping“. Teknik ini fokus kepada mengumpul modal tanpa bantuan pinjaman, sekadar apa yang ada. bermula dari kecil. Bak kata pepatah lama, “sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.”

Puan Faizahanim dan pelajar ERT

Syukur saya dibantu oleh guru berpengalaman, Puan Faizahanim yang banyak membantu saya dalam projek ini. Diharap projek ini dapat mencapai matlamatnya.

“Price is what you pay. Value is what you get.”
― Warren Buffett

Pre Institute Work October 2011

Alhamdulillah! Saya terpilih menjadi salah seorang felo bagi pengambilan pertama program Teach For Malaysia. Bila dapat Starter Kit tu, salah satu pre-requirement ialah terlibat dalam aktiviti amal yang sesuai. Alang-alang saya pulang ke Kuching hantar Fatin sementara saya berkursus, saya pun buatlah kelas tambahan untuk budak-budak kampung tempat saya tinggal. Pilihan lokasi ialah di surau belakang rumah. Simple yet meaningful!

Gaya meja cikgu tak?

Saya fokus kepada subjek Matematik pada hari tersebut, kumpulan sasaran ialah pelajar tahap 2 sekolah rendah. Terkejut juga tengok pelajar darjah 4 belum pandai darab dan bahagi. Memang saya tak boleh bayangkanlah kalau pelajar sekolah menengah pula.

Gaya cikgu depan kelas

Saya dah biasa mengajar sejak setahun yang lepas di kelas tuisyen di Ipoh, mana gemuruh tu kurang sedikit. Nasiblah jumlah pelajar yang tidak ramai memudahkan saya mengawal kelas.

Punyalah susah nak suruh pelajar angkat tangan

Objektif tugasan ini ialah untuk memberi pendedahan kepada bakal felo kepada tugasan seorang guru dan keadaan sosio-ekonomi komuniti di kawasan sekolah berkeperluan tinggi. Membesar di Sarawak memberi saya ruang untuk lebih mengenali komuniti seperti ini. Saya bernasib baik kerana lahir dalam keluarga yang cukup serba-serbi, tapi tidak semua orang dilahirkan untung seperti saya. Nikmat itulah yang perlu dikongsi bersama.

It’s about sharing. You just give what you have to give wherever you go, and you let God handle the rest.

-Lindsay Wagner –