Teach For Malaysia Tingkat Mutu Pendidikan

Wah, tahun ni first time masuk news! Mestilah berkenaan Teach For Malaysia! Seronok bila tahu yang Teach For Malaysia akan ke Sarawak mulai 2015! This mean that I have to finish my Masters and return to my Hornbill land! I miss Sarawak so much!

Bertempat di SMK Puchong, satu sesi interaksi bersama dengan Menteri Pendidikan II, Dato Seri Idris Jusoh untuk membincangkan berkenaan program Teach For Malaysia dan sekaligus memberi sedikit makluman berkenaan masalah-masalah yang dihadapi di sekolah.

Gambar: Baru perasan saya ni kecik. (eh, sebenarnya tak pernah peduli pun)

Dipetik daripada Utusan Malaysia

Open Classroom – 5 Delima 2014

Di sekolah sekarang, tengah rancak guru-guru menjalankan program I-Think, so as a new vibrant teacher, teringin juga nak cuba praktikkan untuk pelajar-pelajar. Maka, pada 10 Februari 2014 masa kelas tambahan Tingkatan 5 Delima, saya adakan “open classroom” yang dilaksanakan di Foyer Bestari, SMK Sungai Manggis.

Pelajar didedahkan dengan 8 peta pemikiran dan diberi subtopik berdasarkan Bab 2 Sejarah Tingkatan 5 – Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua. Memang havoc! Tak sangka juga dapat kerjasama para pelajar, sebab hadiahnya sekadar Sepeket Coklat Cloud 9. He he…

Macam nilah rupa pelajar Tingkatan 5 Delima bertebaran di Foyer Bestari untuk menyediakan peta pemikiran berdasarkan tajuk yang diberi. Selasa sungguh kan? Yang penting, pelajar dapat belajar daripada aktiviti ini dan membina jati diri pelajar supaya lebih yakin untuk melakukan pembentangan dan memberi idea.

Kumpulan 1: Topik Majalan

Kumpulan 2: Topik Novel (Pemenang yo!)

Kumpulan 3: Persatuan Melayu

Kumpulan 4: Dasar pemerintahan

30 minit diberikan untuk menyediakan peta pemikiran atas brown paper, dan voila! Inilah hasilnya! Menarik kan dapat bentang di depan pelajar-pelajar lain.

Gambar: Tengah tampal-tampal sebelum Gallery Walk

Gambar kenang-kenangan

Cikgu-cikgu boleh praktikkan aktiviti ini sekali sekala di luar bilik darjah. Sangat mudah sebenarnya, as long semua peralatan ada dan rancangan rapi disusun. Cubalah!

Meeting with Celcom Management Trainees

Sibuk sungguh rasanya tahun ini, tapi alhamdulillah, diberi rezeki dan peluang untuk mengembangkan kerjaya. Dah lama sebenarnya Giles approach TFM Teaching Alumni yang berminat untuk memberi peluang kepada Celcom Management Trainees ni untuk berbakti di sekolah. Mengenangkan yang saya akan berada di sekolah ini dalam tempoh yang agak lama, maka terfikir-fikir juga, siapalah yang nak sambung teruskan projek komuniti kami?

Maka, pada 23 Januari 2014 yang lalu, berlangsunglah pertemuan pertama yang tak formal di Kenny Rogers, AEON Bukit Tinggi, Klang untuk sesi suai kenal dan diskusi ringkas berkenaan projek komuniti dan program CSR bagi Management Trainees ini. 7 orang Celcom Management Trainees yang terlibat ialah Arvindd, Faris, Hayqal, Athirah, Bainin, Faizal dan Tessa. Seronok tengok orang-orang muda (again, I feel old) penuh bersemangat.

 Gambar 1: Seronok makan.

 

Gambar 2: Baru nak tengok kamera

4 orang Management Trainees yang akan saya buli (Muahahaha! Bunyi cam mak tiri kejam dalam cerita Cinderella) ialah Athirah, Arvindd, Faris dan Hayqal. We’ll wait and see what will happen!

MACEE – ETA Orientation Talk @ Royal Chulan, KL

Pada 21 Januari yang lepas, saya mendapat jemputan di bawah Malaysian-American Commission Educational Exchange (MACEE) untuk mengendalikan sesi orientasi bersama English Teaching Assistant (ETA) bagi kohort 2014. Speaking English di hadapan native speaker agak tough since it has been a long time I give talk to adult audiences. Biasa cakap dengan pelajar, tone lain, dari segi percakapan pun berbeza, bahasa yang digunakan pun berlainan.

Saya ditemani Neoh Joon Kee dan Jessie, dari komuniti TFM Alumni. Nasib ada member. Diberi peluang untuk berkongsi pengalaman 2 tahun sebagai felo selama lebih kurang 15 minit di hadapan mereka, saya terbayang betapa beruntungnya mereka jika dibandingkan dengan guru-guru Bahasa Inggeris yang sudah lama di sekolah.

 DSC_1502

Gambar 1: Baru perasan saya ni kecil. Tapi cita-cita tetap tinggi.

DSC_1498

Gambar 2: Kusyuk memberi penerangan berkenaan dengan “Teaching in a band 5 and band 6 schools.”

Dipetik daripada Laman Web Rasmi Program ETA ini,

The Fulbright English Teaching Assistant (ETA) Program places recent college graduates and young professionals as English teaching assistants in primary and secondary schools or universities overseas – improving foreign students’ English language abilities and knowledge of the United States while increasing the U.S. student’s own language skills and knowledge of the host country. ETAs may also pursue individual study/research plans in addition to their teaching responsibilities

Program ini hanya terbuka bagi Fulbright scholars sahaja untuk memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk lebih mengenali tentang budaya dan kehidupan di Malaysia sambil membantu mempertingkat kemahiran Bahasa Inggeris di sekolah yang terlibat.

UUMKL Kelas Research Methodology

Mengajar sambil belajar memang mencabar! But, challenge accepted! Antara subjek yang diambil pada sem ni ialah Research Methodology. Best kelas ni sebab banyak brainstorming and reading! (Yes, research memang kena banyak buat reading, especially journals). Saja nak share aktiviti yang kami lakukan dalam kelas di Universiti Utara Malaysia, Kampus KL.

imagePerbincangan intensif berkenaan ciri-ciri Quantitative vs Qualitative Approach

imageHasil Perbincangan Quantitative Approach

imageHasil Perbincangan Qualitative Approach

Dari kiri (atas): Shahrun, Jessica, Hung Tong, Adibah,  Dr. Ruzlan (duduk) dan Azimi (duduk).