Citation using APA Style 6th Edition

capture2

Fuh! Baru Sem 2 dah rasa berpeluh–peluh nak buat proposal. Inilah dilema pelajar postgraduate. Masa kelas Research Methodology, kami didedahkan dengan teknik membuat citation yang betul. Satu titik lupa pun boleh salah, okay!

Sebab lecturer tu kasihan tengok kami yang terkedek-kedek nak tapi satu-satu rujukan, maka kami diberitahu akan kewujudan satu website yang akan memudahkan kerja citation ni!

Sebenarnya, banyak website seperti ini, namun Citation Machine antara yang terbaik pernah saya gunakan. Dengan aplikasi yang mesra pengguna, sekali klik sahaja, dah selesai.

Jom buat tesis! +_+

Cari perkataan Inggeris dengan Mudah di Wordhippo

capture1Dulu zaman sekolah, jenuh buka kamus nak cari makn perkataan. Masuk universiti, guna kamus tebal siap dengan cara sebutan bahasa Inggeris yang betul. Tu zaman Pak Kadok. Sekarang, teknologi dah canggih. Sekali klik, guna Google Translate sahaja, dah dapat makna dalam pelbagai bahasa.

Memperkenalkan, WordHippo untuk kegunaan para pelajar khususnya untuk cari sinonim, antonim, kata-kata yang puitis dan macam-macam lagi lah.

Aplikasi web ini sangat mudah untuk digunakan. Taip apa yang anda cari dan pilih kategori yang sesuai. Voila! WordHippo akan mempaparkan keputusan, serta memberikan pautan satu klik kepada data lain perkataan. Pantas, mudah dan bernilai untuk rujukan masa depan.

 

Cubalah!

Team Mangosteens TFM 2014

Memperkenalkan, The Mangosteens 2014! Leong Kit Yen dan Nuruddin merupakan 2 felo baru yang ditempatkan di SMK Sungai Manggis, bagi kohort 3, 2014.

Seronok rasanya dapat adik-adik baru (adik ke?). Terasa tua sekejap. Masa perjumpaan pertama, saya beri sedikit penerangan tentang suasana di sekolah, dan keadaan pelajar. Biasalah awal-awal ni, nak berkenalan dulu dan kenal latar belakang mereka. Muka semua penat sebab lepas mesyuarat guru pertama yang memang ambil masa yang agak lama. Tapi tetap happy sebab dapat makan!

Team Mangosteens 2014: Adibah, Leong Kit Yen dan Nuruddin

Mudahan 2014 lebih gempak!