Lawatan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti bagi felo TFM

Ramai orang tanya, “apa yang lainnya cikgu TFM dengan cikgu biasa?“. Antara kelainannya, kami dipantau oleh pihak luar dengan kerap, sama ada daripada Leadership Development Officer (LDO) dari pihak Teach For Malaysia, Pensyarah IAB, pensyarah IPGM, badan korporat dan tidak terkecuali pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).

Pada 2 Oktober 2013 yang lalu, pihak JNJK mengadakan lawatan Pilot Study ke SMK Sungai Manggis untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Teach For Malaysia. Agak terkejut kerana salah seorang nazir mengenali saya melalui blog ini, dan menggalakkan saya untuk terus menulis. I will sure will, sir! Terima kasih atas galakkan En. Halim Sayuti, saya masih terus berblog walaupun selepas Tragedi Oktober.

Nazir-Nazir JNJK sedang mewawancara mentor kami, Pn. Norhaliza

Continue reading »

Bengkel Perkongsian Ilmu Guru Sejarah Daerah Kuala Langat 2013

Seronok jadi Guru Sejarah, sebab rakan-rakan seperjuangan yang sangat produktif dan membantu dalam mendidik pelajar, lebih-lebih lagi Sejarah sekarang wajib lulus untuk SPM mulai 2013. Student yang nak exam, cikgu yang nervous. Biasalah kan?

Pada 10-11 Oktober yang lalu, PPD Kuala Langat mengadakan Bengkel Perkongsian Ilmu Guru-Guru Sejarah daerah Kuala Langat, bertempat di Sekolah Menengah Sains Banting, Selangor. Suka melihat susunan sekolah yang kemas dan luas, seluas pengalaman yang saya timba sepanjang bengkel ini.

Tujuan bengkel ini diadakan bagi menyediakan bahan bagi pelajar untuk dibawa ke dalam dewan peperiksaan. Format baharu SPM Sejarah 1249 memperkenalkan kertas 3 yang berkonsep “open-book test”. Pelajar diuji dengan soalan kemahiran berfikir aras tinggi dibantu oleh bahan-bahan seperti buku teks dan juga bahan yang disediakan oleh guru.

Kami dikejutkan dengan kehadiran Encik Azman Syarif dari Jabatan Pelajaran Selangor (JPS). Beliau memberi penerangan tentang prestasi setiap sekolah di daerah Kuala Langat dalam Peperiksaan Percubaan SPM 2013 dan berharap untuk mencapai KPI JPS, selaras dengan target untuk peratus lulus SPM sebenar.

En. Azman Sharif memberi taklimat kepada Guru-Guru Kuala Langat

Continue reading »