Selamat Pengantin Baru Liyana

Alhamdulillah! Aeorang pelajar tuisyen saya selamat melangsungkan perkahwinan bersama suami tercinta. Liyana, pelajar saya yang berusia 27 tahun mendaftarkan diri sebagai calon SPM persendirian. Berhenti sekolah selepas darjah 6 kerana ingin membantu keluarga, Liyana berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu ahli keluarganya supaya berjaya, dan mengorbankan diri sendiri. Setelah mempunyai kedai sendiri dan membuka perniagaan sebagai tukang jahit, Liyana sedar yang pendidikan boleh membawanya pergi lebih jauh.

saya diapit Sankari dan Rasyidah

Pada mula perkenalan kami di pusat tuisyen, agakan saya Liyana berusia belasan tahun. Apabila menyedari yang saya lebih muda daripada Liyana, saya terkesima. Selalu tersasul gelar diri “Dyieba”, tetapi dengan hormat, Liyana tetap memanggil saya “cikgu”.

Saya banyak belajar erti hidup daripada Liyana. Kecekalan dan ketabahannya, saya jadikan inspirasi kepada pelajar saya. Saya tahu, ada pelajar saya tidak menyambung pelajaran selepas PMR kerana bekerja. Akan tetapi, pelajaran yang utama ialah tidak menyerah kalah! Ya, saya belajar dari Liyana erti tidak menyerah kalah.

Tahniah Liyana! Mudahan berbahagia hingga ke akhir hayat!

“When we can’t dream any longer we die.”
― Emma Goldman