4 Mutiara berwajah baru!

Menjadi Guru kelas, tak ada tugas yang lebih berat saya rasakan, terutamanya selepas baru setahun bergelar guru. Tapi saya cuba juga galas semampu boleh. Selepas pertukaran kelas yang berlaku, pelajar saya semua merancang sesuatu, seperti dialog di bawah.

Amalil: Cikgu, kelas kita ni buruk sangatlah! Jom cat baru!
Shima: Yerlah cikgu, kelas sebelah dah cat warna purple. Cantik!
Cikgu: Boleh, tapi kena kumpul duit la. Satu tong cat berapa, Badrul?
Badrul: Dalam RM30-40 cikgu. Ni perlu dalam 2 tong nak cat satu kelas.
Thiban: Oklah cikgu, kita kumpul duit, RM2 seorang.
Malarvili: Ok cikgu, nanti saya kumpul.

Maka rancangan mengecat kelas bermula seminggu sebelum cuti semester bermula. Pilihan warna, biru laut. Saya guna kuasa veto untuk pilih biru.

Sepakat membawa berkat

Continue reading »

Azhari & Hawa Farewell Dinner, Klang

Seminggu sebelum cuti sekolah bermula, Hawa memberi khabar gembira. “Dyieba, Hawa dapat PTD!“. Dalam hati terasa sangat gembira untuk Hawa kerana tahu yang Hawa dah lama berusaha keras untuk menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Saya juga sedar, saya akan kehilangan seorang collab yang menjadi sumber kekuatan saya selama ini.

Pada 23 Mei, kami mengadakan malam malam untuk Hawa dan Azhari, seorang lagi felo yang turut mendapat tawaran menajdi kadet PTD. Azhari merupakan felo di SMK Pulau Ketam, dan rakan sekumpulan bagi subjek Sejarah.

Azhari dan Hawa Farewell Dinner 2013

Continue reading »

Projek Cookpreneur – Kelas Masakan

Bahagian pertama Projek Cookpreneur tahun 2013 ialah kelas masakan. Pelajar akan didedahkan dengan teknik di dapur oleh chef berpengalaman, Chef Syaiful Bahri. Kelas selama 4 jam itu bermula pada 19 Mei ini dan dibahagikan kepada 2 bahagian.

Taklimat sebelum kelas masakan

Peserta sedang menyalin resepi

Tiga jenis resepi yang dipelajari oleh para peserta pada hari tersebut ialah Velvet Cupcake, Blueberry Crepe, dan Biskut Coklat Macadamia. Dengar nama pun dah lapar. Saya tolong tengok je.

Zuhairah tersenyum tengok doh Biskut Coklat Macadamia

Doh Biskut Coklat Macadamia sebelum dibakar

Pelajar sedang menyediakan Vevet Cupcake untuk dibakar

Kami menghadapi sedikit masalah kerana ketiadaan elektrik, maka kerja membakar kami lakukan di bilik yang lain. Tetapi itu tidak melunturkan semangat para peserta kelas masakan untuk meneruskan aktiviti mereka. Dengan bantuan chef Syaiful, pelajar belajar banyak perkara berkaitan masakan pada hari tersebut.

Siap akhirnya! Masa untuk makan

Kalau tak tahu lagi, saya memang suka makan. Kalau orang masak, saya suka menyibuk nak rasa. Dah lama tak masak sejak berjauhan dari keluarga. Bagi yang ingin mendapatkan resepi tersebut, sila emel diba.latif@gmail.com.

 

One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
– Virginia Woolf

 

Hari Guru SMK Sungai Manggis 2013

Saya suka Hari Guru. Eh, bukan sebab dapat hadiah lah! Tapi kerana saya rasa dihargai. Setiap hari masuk ke kelas terasa seperti pergi berperang. Dengan marker dan ilmu sebagai senjata, terkadang saya kalah. Kalah kerana persiapan tidak rapi, dan kalah kerana memang ditakdirkan untuk kalah supaya saya dapat bangun semula.

Tahun ini agak sukar untuk saya kerana saya mengisi kekurangan guru sejarah, dan diberikan kelas peperiksaan. Biasalah, ajar exam classes ni memang agak tertekan. Tetapi saya bersyukur dapat pelajar-pelajar yang baik dan masuk diajar.

Saya bersama pelajar Tingkatan 3. Sama saiz

Tahun ini juga merupakan kali terakhir sambutan Hari Guru bersama Puan Hjh Fathimah yang berpindah ke SMK Banting. Rasa pilu juga hati kerana saya sudah menganggap Pn. Fathimah seperti ibu sendiri. Segala nasihat dan panduan daripada beliau saya simpan rapi dalam diri.

Gambar candid guru SMKSM 2013

Cikgu-cikgu sekolah kami memang sporting dan sangat berdedikasi mendidik anak bangsa. Semangat kerja sepasukan memang mantap. Cayalah cikgu!

Terima kasih cikgu-cikgu semua! Jasa cikgu akan saya kenang sepanjang hayat.

You teach best what you most need to learn – Richard Bach –