Kem Badan Beruniform di Berhulu Camp

Masa sekolah dulu, saya memang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum. Memang gelap saya pergi kawad kaki, jamboree, tak usah cerita la kena gigit binatang yang pelik-pelik. Contohnya, binatang macam ni.

Kena gigit dengan binatang ni

Pada 12-14 April 2013, saya menyertai aktiviti sekolah dalam Kem Badan Beruniform di Simpang Pertang, Negeri Sembilan. Seronok sangat! Memandu kereta bersama Pn. Rapimah, School-Based Mentor (SBM) saya, kami disaji pemandangan yang penuh hijau sepanjang perjalanan.

Tiba di Berhulu Camp, saya terus rendam kaki dalam kolam ni. Mula-mula tak ada rasa apa-apa. Sekali bila ikan-ikan kecil datang menggigit kaki, saya mulai menjerit dan diketawakan oleh guru lain. Sabar je la. Alah bisa, tegal biasa. Lama-lama seronok pula rendam kaki dalam ni sambil ikan-ikan kecil tu menggigit kulit mati dari kaki.

 

Seronok rendam kaki dalam ni. Nampak tak ikan kecil?

Saya datang pada hari kedua kem seperti yang ditugaskan. Para peserta kem dikerah menyelam, bermain lumpur dan yang seronok, belajar berenang. (Safety first, semua peserta diwajibkan memakai jaket pelampung). Objektif kem seperti ini untuk membina kemahiran interpersonal dalam diri pelajar.

Salah satu aktiviti “Team Building”

Para fasilitator di Berhulu Camp sangat sporting! Sebelum pulang, kami dirai dengan aktiviti menarik dan juga sesi penyampaian hadiah. Memang seronoklah walaupun hanya satu malam saya di sini.

Para fasilitator yang sporting

Bas dah tunggu untuk pulang

Walaupun saya tidur dalam kereta kerana kekurangan khemah, tetapi tetap selesa di sini kerana kurang nyamuk. Terima kasih kepada semua fasilitator di Berhulu Camp. Semoga berjumpa lagi pada tahun depan!

A boat doesn’t go forward if each one is rowing their own way.
– Swahili proverb –