Pengenalan Projek Cookpreneur 2013

Setiap felo TFM perlu menjalankan projek komuniti pada tahun kedua Fellowship. Saya memilih tema keusahawanan melalui masakan, diberi nama “Cookpreneur”, gabungan nama “cook” dan “entreprenuer“. Latar belakang keluarga saya yang bertunjangkan perniagaan dalam pelbagai sektor menjadi asas saya. “Mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi”, bak kata pepatah Melayu lama. Kenapa masakan? Saya berpendirian yang “food always unite people together, regardless of race.”

Bersama pelajar ERT di bilik masakan

Untuk tahun ini, fokus saya tidak besar memandangkan saya fokus utama saya kepada pelajaran dan juga membantu pelajar tingkatan 5 dan 3 dalam subjek Sejarah. Untuk projek Cookpreneur bagi tahun 2013, saya merancang untuk mengadakan kelas masakan, pertandingan masakan dan jualan masakan untuk mengumpul dana bagi projek ini tahun depan.

Bersama Abang Brian, finalis Masterchef Musim 1

Saya mengajar kumpulan pelajar yang kecil ini tentang teknik “bootstrapping“. Teknik ini fokus kepada mengumpul modal tanpa bantuan pinjaman, sekadar apa yang ada. bermula dari kecil. Bak kata pepatah lama, “sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.”

Puan Faizahanim dan pelajar ERT

Syukur saya dibantu oleh guru berpengalaman, Puan Faizahanim yang banyak membantu saya dalam projek ini. Diharap projek ini dapat mencapai matlamatnya.

“Price is what you pay. Value is what you get.”
― Warren Buffett

Tuisyen kepada pelajar SMK Pulau Carey anjuran Sime Darby

Pulau Carey terletak lebih kurang 20km dari Banting. Dari pintu masuk Sime Darby Plantation, lebih kurang 12km ke dalam, terletak SMK Pulau Carey. Kalau bukan sebab saya mengajar untuk tuisyen di Pulau Carey, entah bila akan saya jejak kaki ke sini.

SMK Pulau Carey

Program Tuisyen percuma ini merupakan kerjasama pihak Sime Darby dan Pusat Pendidikan Mawar cawangan Banting. Sime Darby sangat berdedikasi dalam membantu SMK Pulau Carey memandangkan kebanyakan anak-anak pekerja Sime Darby bersekolah di sini.

Populasi pelajar di sini kurang ramai, dengan anggaran 300 pelajar dan 20 orang guru. Setiap tingkatan hanya ada 2 kelas. Nampak mudah, tetapi akses pelajar yang agak kurang dengan dunia luar menyebabkan pelajar kurang terdedah dengan keadaan di dunia sebenar.

Pelajar menonton video berkenaan Pembentukan Negara Bangsa

Saya suka mengajar di sini kerana pelajarnya yang sempoi dan ingin belajar. Kehadiran ke sekolah yang kurang memberangsangkan merupakan salah satu punca utama keputusan pelajar sekolah ini agak rendah. Jujurnya, jika program TFM wujud di sekolah ini, saya tidak teragak untuk pindah ke sini.

Pemandangan di pantai Pulau Carey

Sebabnya, di sini terdapat pemandangan yang indah. Tak percaya? Lihatlah pantai di atas. Keadaan pelajarnya juga masih terkawal dari segi disiplin. Tapi saya masih diperlukan di SMK Sungai Manggis. Tak kiralah di mana pun seorang guru mengajar, yang penting, pelajar ingin belajar. Tak gitu?

“You can’t have a goal without determination, because without the determination the goal will die.”
― Patrick L. Turner