PGDE di Taylor’s University Lakeside Campus – Semester 2

Selesai sesi persekolahan tahun 2012, felo semua memulakan pengajian PGDE semula di Taylor’s University Lakeside Campus di Subang Jaya. Terima kasih pihak Taylor’s kerana sudi menaja tempat untuk kelas kami. Biasalah, nama pun dah nomad, kat mana-mana pun, masih boleh belajar.

Kami diasingkan mengikut opsyen memandangkan subjek lebih bertumpukan kepada opsyen felo masing-masing. Dalam kumpulan Sejarah ada 7 orang. Tetapi ada juga kelas yang melibatkan semua felo seperti kelas “Creativity in Teaching”. Prof. Jonathan Barnes diterbangkan khas daripada Canterbury Christ Church University, UK untuk mengajar kami subjek ini.

selepas kelas “Creativity in Teaching”

Saya masih ingat antara aktiviti di dalam kelas untuk subjek ini ialah mencari objek yang sesuai dengan kata adjektif yang diberikan. Setiap felo diberikan beberapa adjektif dan masa untuk tugasan tersebut.

 

Aktiviti 1 – Adjektif “Colourful”

Sebelum itu, kami diberi “framework” ataupun syarat-syarat sebelum melakukan aktiviti ini, sepeti jumlah masa yang diberikan dan adjektif minimum yang perlu dicapai. Selebihnya, kami diberi kelonggaran untuk membuat intepretasi sendiri berkenaan adjektif tersebut.

Aktiviti 2 – Adjektif “Heating”

Aktiviti ini sesuai bagi semua mata pelajaran, tetapi memerlukan masa yang agak panjang. Kawalan kelas paling penting untuk aktiviti ini. Kalau tak, memang bertebaranlah pelajar kita satu sekolah.

Education is what remains after one has forgotten what one has learned in school.
– Albert Einstein –