PGDE History Group – Semester 1

Seramai 7 orang felo memilih opsyen Sejarah sebagai mata pelajaran utama di sekolah TFM. Untuk PGDE, beberapa kelas kami dibahagikan mengikut opsyen masing-masing. Memandangkan UUM tidak mempunyai kepakaran bagi subjek Sejarah, pensyarah kami dijemput daripada UPSI.

Dr. Ishak dan 7 Sejarawan

 

Kelas kami dikongsi bersama oleh Prof. Madya Dr. Ishak Saat, dan Dr. Nabir Bin Haji Abdullah, pakar sejarah yang tersohor di Malaysia. Memang tak rugi lah kami diajar oleh pensyarah berpengalaman dalam bidang sejarah. Dr. Ishak selalu berpesan yang “Sejarah hanyalah satu perspektif. Itulah sebabnya Sejarah dalam bahasa Inggeris ialah “His-story” bermaksud cerita orang.”

Dr. Nabir dan 7 Sejarawan

Macam biasalah, saya yang paling comel dan kecil dalam kelas. Masa ni memang tak pandai nak bergaya. Yang penting ialah masa dalam kelas. Saya suka pesanan Dr. Nabir, “Tiada guru dalam sejarah, kerana semua orang ialah pelajar Sejarah.” Saya sedar, makin banyak saya baca tentang sejarah, makin banyak yang saya tak tahu.

 

Those who don’t know history are destined to repeat it.

– Edmund Burke –

TFM Fellow 2012 – Kuala Langat Group

2 buah sekolah terpilih di daerah Kuala Langat untuk program Teach For Malaysia iaitu SMK Sungai Manggis dan SMK Tanjung Sepat. Biasalah, felo muda, part makan-makan ni memang nombor satu.

Pada 22 Mac yang lalu, kami mengadakan perjumpaan untuk berkongsi kisah di sekolah kami sambil makan di satu-satunya Secret Recipe di Kuala Langat. 3 felo di SMK Tanjung Sepat ialah Karthik, Azimi dan Jessica.

Felo TFM daerah Kuala Langat

Antara perbincangan kami meliputi PGDE, keadaan persekitaran di Kuala Langat dan teknik kawalan kelas yang berkesan. Perbincangan tidak formal sebegini lebih mudah dan selesa kerana tidak tertakluk kepada agenda dan juga formaliti seperti mesyuarat. Paling best, part makan. Bayar sendiri-sendiri sebab semula pun belum dapat gaji lagi.

If everyone is moving forward together, then success takes care of itself.

– Henry Ford –