Taklimat Kontrak Felo TFM 2012 – Negeri Selangor

Macam hadiah Valentine pula. Pada 13 Februari yang lalu, felo TFM yang mengajar di sekolah-sekolah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dipanggil untuk menghadiri taklimat kontrak kami di Jabatan Pelajaran Selangor. Nasiblah sesi taklimat tak panjang, lepas taklimat kami pun pergi *medang beramai-ramai.

 

Muka kenyang lepas makan

Nampak muka semua innnocent lagi. Seronok pun ada bila jumpa semua. Ada rasa bersemangat balik. Dah sebulan lebih di sekolah, tanpa gaji dan tanpa sebarang hitam putih, akhirnya ada juga kontrak.

*medang = minum petang (bahasa Jawa)

 

You know you are on the road to success if you would do your job and not be paid for it.
– Oprah Winfrey –