Hari Pertama Masuk Sekolah

4 Januari merupakan hari pertama persekolahan bagi sesi persekolahan 2012. Fuh, tak terkira rasa nervous dalam hati bila pertama kali masuk kelas. Bila pelajar lagi besar dari cikgu, memang rasa gerun pada mulanya.

Di waktu pagi, kami menyambut pelajar di depan sekolah dengan ucapan selamat pagi, semnyuman dan bubble! Ingat lagi pesanan jaga kat sekolah tu, “kamu buat bubble kecil, nanti pelajar buat bubble besar.” Awalnya tak faham dengan amaran jaga tersebut, tapi bila dah hampir waktu balik, memang tak ada pun bubble besar tu. Cheh! Saya pun nak tengok bubble besar tu.

dalam kelas 4 Mutiara

Overall, hari pertama bermula dengan baik. Pelajar semua masih lagi beri perhatian. Kami dipesan supaya tunjuk muka garang masa hari pertama. Show that we mean business in class. Tapi sebab saya memang susah nak garang, susah nak marah, buat juga muka comel. Tapi bila dah marah, hehe…. pelajar saya je yang tahu.

 

A man begins cutting his wisdom teeth the first time he bites off more than he can chew.

– Herb Caen –

Pre School Excitement

Institute Unlocked! Seronok betul dah habis Institute. Saya, Hawa dan Oga ditempatkan di SMK Sungai Manggis. Hawa mengajar Matematik, Oga ajar Sains dan saya jadi cikgu Sejarah. Pada 22 Disember, kami melawat rumah sewa kami di Jenjarom, 8km daripada sekolah. Kami menyewa bersama untuk memudahkan urusan dan menjimatkan kos tempat tinggal.

First time nak masuk rumah


Dah ada rumah, sibuklah cari barang-barang untuk isi rumah tak berperabot. Nasiblah keluarga duduk dekat, jadi perabot yang memang dah sedia ada, saya minta sahaja. Kami cuma ada kurang dari seminggu sebelum sekolah bermula!

Jadual Gergasi kami

Lepas meeting, dah dapat jadual, kami gabungkan ketiga-tiga jadual dan buatlah jadual gergasi supaya mudah melihat bila kelas kami clash, dan bila keadaan yang kami agak free supaya dapat observe kelas rakan felo yang lain.

Oh, sungguh nervous!

Once you replace negative thoughts with positive ones, you’ll start having positive results.

– Willie Nelson –