Pusat Pendidikan Yakin Ipoh Oktober 2011

Hari terakhir saya di Pusat Pendidikan Yakin, Ipoh terasa sangat sedih. Tapi macam biasalah, control comel, tak nak sedih. Di sinilah kami pertama saya mengajar di depan kelas. Mula-mula masuk kelas, semua pelajar pandang saya atas bawah. Sebabnya, saiz saya yang tak sampai pun 5ft, setakat bahu pelajar Tingkatan 2. Tak percaya?

kenangan bersama pelajar Tingkatan 2

Bersaiz kecil tidak pernah lunturkan semangat saya. Buat muka garang juga, pergi depan kelas. Nampak kecil, tapi kalau dah marah, jangan dekat. Hehe. Pelajar saya tahu trademark saya kalau marah, mesti saya berdiri senyap dan diam.

sempat lagi posing tu

Banyak pengalaman saya di sini. Pernah siap bawa Fatin mengajar sebab tak ada orang nak jaga kat rumah. Nasiblah kerani di pusat tuisyen ini sangat baik hati. Semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang!

“Our memory is a more perfect world than the universe: it gives back life to those who no longer exist.”
― Guy de Maupassant

Pre Institute Work October 2011

Alhamdulillah! Saya terpilih menjadi salah seorang felo bagi pengambilan pertama program Teach For Malaysia. Bila dapat Starter Kit tu, salah satu pre-requirement ialah terlibat dalam aktiviti amal yang sesuai. Alang-alang saya pulang ke Kuching hantar Fatin sementara saya berkursus, saya pun buatlah kelas tambahan untuk budak-budak kampung tempat saya tinggal. Pilihan lokasi ialah di surau belakang rumah. Simple yet meaningful!

Gaya meja cikgu tak?

Saya fokus kepada subjek Matematik pada hari tersebut, kumpulan sasaran ialah pelajar tahap 2 sekolah rendah. Terkejut juga tengok pelajar darjah 4 belum pandai darab dan bahagi. Memang saya tak boleh bayangkanlah kalau pelajar sekolah menengah pula.

Gaya cikgu depan kelas

Saya dah biasa mengajar sejak setahun yang lepas di kelas tuisyen di Ipoh, mana gemuruh tu kurang sedikit. Nasiblah jumlah pelajar yang tidak ramai memudahkan saya mengawal kelas.

Punyalah susah nak suruh pelajar angkat tangan

Objektif tugasan ini ialah untuk memberi pendedahan kepada bakal felo kepada tugasan seorang guru dan keadaan sosio-ekonomi komuniti di kawasan sekolah berkeperluan tinggi. Membesar di Sarawak memberi saya ruang untuk lebih mengenali komuniti seperti ini. Saya bernasib baik kerana lahir dalam keluarga yang cukup serba-serbi, tapi tidak semua orang dilahirkan untung seperti saya. Nikmat itulah yang perlu dikongsi bersama.

It’s about sharing. You just give what you have to give wherever you go, and you let God handle the rest.

-Lindsay Wagner –